اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Susulan entri [Taufan Sonamu Di Ramal Melanda Malaysia [Pantai Timur]]
Di petik dari laman web Jabatan Meteorologi Malaysia
Dikeluarkan pada pukul 06:33PM, 07 Januari 2013
AMARAN KATEGORI KETIGA
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA
Di Perairan Laut China Selatan
Kemaskini:
Ribut
Tropika (SONAMU) dikesan pada Latitud 6.3 U dan Longitud 108.3 T, pada
jam 5:00 petang 7 Januari 2013, kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun,
Terengganu dan bergerak perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.
SEKSYEN A : AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA) - Kemaskini
Angin
kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak
melebihi 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan,
Terengganu, Pahang, Johor Timur, Samui, Tioman, Condore, Reef North,
Layang-Layang & Palawan dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11
Januari 2013.
Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan,
Terengganu, Pahang dan Johor Timur terdedah kepada kejadian kenaikan
paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Jumaat, 11
Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini
berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja
di pelantar minyak.
SEKSYEN B: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)-Kemaskini
Angin
kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai
ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan
Sarawak(Rejang, Mukah, Bintulu & Miri), WP Labuan, Sabah(Pedalaman,
Pantai Barat & Kudat) & Reef South dijangka berterusan sehingga
Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora
ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk
menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
SEKSYEN C: AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)-Kemaskini
Angin
kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai
ketinggian sehingga 3.5 meter yang berlaku di kawasan perairan
Sarawak(Kuching), Sabah(Sandakan), Bunguran & Sulu dijangka
berterusan sehingga Jumaat, 11 Januari 2013.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
SEKSYEN D: AMARAN RIBUT PETIR MENYELURUH-Kemaskini
i)
Aktiviti ribut petir yang berlaku di perairan Condore & Reef North
dijangka berterusan sehingga lewat malam, Isnin, 7 Januari 2013.
Pada
masa yang sama, angin kencang dengan kelajuan melebihi 60 kmsj dengan
ombak mencapai ketinggian melebihi 4.5 meter adalah berbahaya kepada
semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar
minyak.
ii) Aktiviti ribut petir yang berlaku di kawasan perairan
Sarawak (Mukah & Bintulu) dijangka berterusan sehingga lewat malam,
Isnin, 7 Januari 2013.
Pada masa yang sama, angin kencang dengan
kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter
adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk
menangkap ikan dan perkhidmatan feri.
Sila pastikan kesahihan maklumat yang anda dpt.. Jangan cepat menyebarkan maklumat yang tidak tepat. Ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengatakan terengganu akan tenggelam. Sila jangan bergurau mengenai isu bencana alam. Ini serious!!
P/S: Serious tak fhm dgn sikap manusia yang main-main dan buat orang panik dengan berita yang tidak tepat
9 Comment for "Taufan Sonamu: Langkah Berjaga-jaga"
smalam pn bce psal ni.... dduk dkat ngan laut tkot gak la...
ada ke rumours mcm tu nani? teruk betul la diorang ni. benda mcm ni pun nak buat main.
wah....nani dah jadi blogger ramalan kaji cuaca. cayalah..hohe lama gile akak x jln2 blog org~
sapelah yg suke sgt mgeruhkan lagi keadaan tu eh..
gerammm..!
Time camni pun nk amek ksmptn ke?? ish2...ingat mende main2 ke!
yg sebar fitnh tu mmg mlmpau..
Selamat pagi nani....betul tu, yg suka sebar fitnah dan berita yg tidak tepat itu sangat2lah tidak baik .
Macam2 hal la depa ni...tak baik lah
ada juga yg suka keruhkan lg keadaan haishhhhh
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)