اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Rasanya ramai yang dah tahu pasal perubahan waktu operasi Pos Malaysia Berhad kan? Ke ada yang tak tahu? Kalau tak tahu boleh rujuk gmbr kat bawah ni atau boleh baca media release yang di sediakan di bawah gambar.
Media Release: Waktu Operasi Bagi Perkhidmatan Mel dan Kaunter.
PERKHIDMATAN RUNCIT (CAWANGAN POS & KAUNTER) :
- Semua Cawangan Pos Malaysia (Pejabat Pos) di Semenanjung Malaysia akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8:30 pagi hingga 5:30 petang dan pada hari Sabtu, 8:30 pagi hingga 1:00 petang (Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan & Terengganu).
- Untuk Sabah & Sarawak, Cawangan Pos akan beroperasi dari Isnin hingga Jumaat, 8:00 pagi hingga 4:30 petang dan pada hari Sabtu, 8:00 pagi hingga 12:30 tengahari.
- Cawangan Pos terpilih akan ditutup pada hari Sabtu.
- Cawangan Pos di Pusat Membeli Belah dan Pos Mini (Pejabat Pos Mini) akan beroperasi seperti biasa pada hari Sabtu dan Ahad.
- Pelanggan juga boleh membayar bil dan membuat urusniaga yang lain melalui portal transaksi dalam talian Pos Malaysia, PosOnline di www.posonline.com.my pada bila-bila masa, di mana jua.
PERKHIDMATAN MEL :
- Tiada perubahan dalam Standard Perkhidmatan. Penghantaran surat, kutipan surat dari peti-peti pos dan pemprosesan surat di Pusat Mel Nasional serta Pusat Pemprosesan Mel Negeri akan dilakukan dari hari Isnin hingga Jumaat (Ahad hingga Khamis bagi negeri Kedah, Kelantan & Terengganu).
- Operasi Mel tidak dilakukan pada hari Sabtu.
Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pos Malaysia, sila kunjungi mana-mana cawangan pos di seluruh negara atau boleh layari www.pos.com.my atau hubungi Customer Care Service di 1-300-300-300 atau secara e-mel, care@pos.com.my
Sumber: Pos Malaysia
P/S: Nmpk kelibat posmen excited je ingat ada surat/brg kite. Tpi tak singgah rumah kite. Rumah jiran daa..
17 Comment for "Waktu Operasi Pos Malaysia Berhad 2013"
jarang guna pos ni
baru tahu ni..!
terima kaseh sebab baeri tahu..lepas ni senang laaa...hihihi
hari sabtu sampai 12.30 tengahari jela ye. hmm..
AJ jarang berurusan dengan Pos Malaysia....
Tapi berguna jugak info ni...
Mana tau nanti terbukak bisnes sendiri dan perlu berurusan ngan Pos Malaysia ke...
Hehehehhehe....
baru ni ada dapat brochure dari en posto masa dia anto surat..mmg ada perubahan..
dya pun excited kalau abg posmen lalu dpn umh..haha
hehe..kdg husna pon terperasan jgak klau posmen lalu kat umah pastu tetiba brhnti igt surat husna rupanya surat abah..=P
tudiaa..tgk pengomenn tegar jatuh menjunam..
hehe da lama tak pi pej pos =)
Owhhh baru tau..mmg nk kena berurusan dgn pos skng...nk hntr baju..haha
oh ok.. tahnks info ini naniey.. deno kalau nak raya rajin la ke pejabat pos.. hehe...
salam nani!!:) heheh..muah...nani sihat..? kak intan hari ini sabtu (setahun sekali) kena turun ke branch popular untuk promosi balik sekolah..hheehehe...hope nani sihat selalu....amek masa terjah nani jap..:)
jarang2 akak guna pos...hehe..tp lepas ni nak kena amek port juga..tq nani
rasanya pos kt jb yg tmpt CiM berurusan dh lama ikut prosedur masa ni. owhyaaaa, tkde highlight plak akn off pd sabtu minggu pertama. ke sudah dimansuhkan yg itu.
akak pun ada dpt kertas pasal ni
Tq for sharing Nani...maklumat penting ni..hi hi
akak dpt gak info psl ni
Terima kasih atas pengongsian..mmg tgh cari tahu pasal ni pun ^^
Terima kasih atas pengongsian..mmg tgh cari info pasal ni pun
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)