Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Mutiara Kata Nabi Idris A.S

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam Jumaat semua... Hari selasa ritu sambil tunggu Lurviey pick up baca la ebook yang saya download dalam tab. Jadi hari ni saya nk share pasal nasihat dan mutiara kata Nabi Idris AS. 

Di nyatakan bahawa tidak banyak keterangan tentang Nabi Idris di dalam Al-Quran maupun kitab-kitab Tafsir dan kitab sejarah nabi-nabi. Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam  Surah Maryam ayat 56 dan 57

Di antara beberapa nasihat dan kata-kata mutiara Nabi Idris AS ialah :

1. Kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan
2. Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3. Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian puasa dan solatmu, 
4. Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menutup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5. Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutnya dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah.
6. Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7. Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8. Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat yang diperolehnya itu.

P/S: Nanti ada masa saya share yang lain plak okeh? 
13 Comment for "Mutiara Kata Nabi Idris A.S"

Nasihat yang amat berguna untuk kita.... :D

nice sharing nani .. salam Jumaat..selamat bercuti panjang ;)

Nice sharing...
Nombor 6 tu AJ suka....

mutiara kata adalah yg terbaik utk kita jadikan panduan

betoi.. jgn bersumpah jika sebenarnya kiyta berdusta

bab iri hati tu xboleh larikan..
skrang ramai yg iri hati...huhu

Bagus sgt perkongsian mcm ni dear..

dpt ilmu baru harini. thanks nani. ;)

smp skrg kalo tgh marah kan trs ingtkan diri..org yg sabar ni Tuhan syg..trs rs cool ckit.hehehe

thanks nani share..semangat plak bila baca mutiara kata ni..:)

tengs sharing nani..perkongsian ilmu yg bermanfaat

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top