Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Petua Lebih Disayangi Suami

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Tertarik saya dengan artikel Petua Lebih Disayangi Suami walaupun saya sendiri belum berkahwin. Lumrah manusia untuk disayang-sayang, dimanja-manja, dibelai-belai. Bukan di kutuk-kutuk, diherdik-herdik, dimaki, di sepak terajang.. 

Cara lelaki dan cara perempuan berbeza. Kadang perempuan fikir lain, lelaki fikir lain. Lelaki tengok lain, perempuan tengok lain. Cara interpretasi pun lain. Setuju tak?? Ok meh baca artikel pilihan saya kat bawah ni.
.
.
.

Ketika peluang bertanyakan soalan dibuka, seorang wanita duduk paling belakang mengangkat tangannya. Tanyanya, “Kadang-kadang saya tak faham dengan suami saya, dia macam tak sayang, tapi bila saya tanya sayang tak, dia jawab sayang tapi nak tunggu dia kata sendiri memang tak dapat. Kenapakah orang lelaki begitu? Apakah itu menunjukkan mereka memang tak kisah dengan perasaan para wanita?”

Wanita ini adalah yang paling anggun pada pandangan mata saya pada hari itu. Dia adalah salah seorang peserta bengkel motivasi meningkatkan kecemerlangan organisasi saya. Malah, dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, beliau mendapat perkataan ‘ANGGUN’ daripada peserta lain, menunjukkan pandangan dan penilaian saya tidak salah. Tetapi apabila beliau memberikan soalan sedemikian rupa, timbul pula rasa kesian di hati saya, hingga terdetik kata-kata begini di hati saya, ‘Kesiannya, muka lawa pun suami boleh buat tak peduli.’

Maka, saya pun terus menjelaskan. Kata saya, “Kalau mengharapkan lelaki kata I love you selepas kahwin memang tak dapat. Orang lelaki bukan tak sayang, tapi mereka tak pandai melahirkan kata-kata sayang itu. Pada orang lelaki ini remeh saja, jadi mereka rasa tak penting untuk disebut-sebut selalu. Dalam kata lain, orang lelaki memang buta kayu dari sudut ini setelah berkahwin. Mereka hanya pandai sebelum berkahwin, tetapi selepas berkahwin, usah haraplah mereka kata sayang, cinta, kasih dan sebagainya, memang tak dapat.”

Kata-kata saya itu disambut oleh seorang peserta lelaki dengan kata-kata, “Betul, betul, betul,” sambil mengangguk- angguk dan tersengih-sengih.

Kata saya lagi, “Cara orang lelaki menunjukkan kasih sayang mereka ialah dalam bentuk benda. Nanti, setahun kemudian tiba-tiba dia balik dengan membawa geran tanah. Apabila ditanya oleh isteri, geran apa ni bang? Tengoklah, katanya. Apabila ditengok rupanya nama si isteri pada geran berkenaan. Eh, nama saya ni bang? Iya, memang nama awak. Maknanya abang beli untuk saya ye? Iya, siapa lagi. Haaa, itu cara orang lelaki tunjukkan dia kisah, dia prihatin, dia sayang, dia kasih, dia cinta, iaitu dengan benda dan biasanya benda itu mahal dan tak terjangka sama sekali. Jadi, dah faham? Kalau dah faham, tak usah kecil hati suami tak pernah ucap I love you pada awak, tak bermakna dia tak sayang, cuma caranya berbeza.”

Lalu otak saya pun merumuskan mengapakah soalan demikian yang ditanyakan oleh wanita berkenaan, iaitu beliau sedang berada dalam dilema oleh banyak pilihan. Banyak pilihan? Bukankah dia sudah berkahwin? Ya, dia sudah berkahwin tetapi dia sedang digoda oleh ramai lelaki. Orang cantik tentulah menjadi perhatian dan tentulah tidak sikit-sikit lelaki yang mencuba nasib meskipun mereka tahu itu isteri orang. Dikalangan mereka tentu ada yang mula mekar di hati hingga timbullah rasa untuk membanding-bandingkan.

“Lelaki A sudah berkahwin juga, tapi dia cukup prihatin. Hari-hari dia hantar SMS yang lunak berbanding lelaki B, C dan D, apatah lagi suami aku sendiri, aku hantar mesej jiwang pun tak dibalasnya. Kalau balas pun, ‘dah buang tabiat agaknya’, itu yang dapat.”

Dua keadaan ini memaksa kita berdiri di tengah-tengah. Sebagai lelaki, meskipun majoriti suami tidak tahu menyatakan rasa kasih dan sayang, belajar-belajarlah menyatakannya, kalau tidak isteri anda bakal diambil orang. Kepada wanita pula, meskipun lelaki lain kelihatannya lebih memahami, lebih prihatin, lebih penyayang daripada suami sendiri, ketahuilah setelah anda memilikinya kelak, keadaan yang sama akan berlaku juga kerana majoriti lelaki memang tidak pandai menunjukkan kasih sayang pada pasangan.

Tiga petua untuk menjadikan suami sentiasa sayangkan anda iaitu pertama; kurangkan mengada-ngada, kedua merajuk sesekali sahaja dan ketiga terus menyatakan cinta, kasih dan sayang anda meskipun tanpa balasan.

Lakukanlah tiga perkara ini meskipun suami kadang-kadang bagaikan ‘buta kayu’ dan berhati batu.

Sumber: Mingguan Wanita

P/S: Komen Kalian? 
9 Comment for "Petua Lebih Disayangi Suami"

yg penting kena saling memahami la kot. sebab tak semua perempuan/lelaki sama. :)

bagus nanie,
walaupun belum berumah tgga tapi boleh jadikan sebagai ilmu pada masa akan datang...cewaaahh!

dya tak tahu..dya tak kawen lagi.. tapi dya setuju 3petua dri nani tu

tak terkomen bila bc..tp btol tupyh nak dgr sbut syg2 bagai ni..

mybe melalu caranya pada kt plak kan.

hubby akak selalu juga msg..hehe..kdg2 akak yg tak nak balas,...waakaka..busy.jahat kan

Tak tau la nani..
Nanti AJ dah kawen, AJ KIV boleh??

husband akak hr sms la whatssapp la col la hihihi

Setuju sgt petua tu..nice entry...kalo hubby deqla plak dia suka wat surprise...beli or buatkan sumthing yg deqla suka...hihi...

Setuju..suka sangat petua tu... Hubby akak pun mmg jenis yg tak pandai nak ucap I love u hari2 .. Hi hi...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top