اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Tertarik untuk kongsi tentang dengkur nih...
Baik punye perli lelaki berdengkur. if perempuan? |
Apa itu Berdengkur?
Berdengkur ialah bunyi bising semasa bernafas, di mana sebahagian
daripada saluran pernafasan atas seseorang itu tersumbat. Ia berlaku
apabila terdapat sekatan pada aliran udara di dalam saluran pernafasan
di bahagian belakang mulut dan hidung. Bunyi itu dikeluarkan apabila
tisu di bahagian atas saluran pernafasan bergesel dan bergetar di antara satu sama lain. Berdengkur bertambah kerap mengikut umur dan biasanya tidak membahayakan.
Sebab-Sebab Berdengkur
1. Lemah otot-otot pada lidah, lelangit lembut dan tekak. Apabila otot
tidak tegang akibat arak atau ubatan yang menyebabkan otot lemah, lidah
akan tertolak ke belakang, menutupi aliran udara atau otot tekak
tertarik masuk ke dalam tekak dan menyekat salur pernafasan atas. Juga
berlaku semasa waktu tidur yang nyenyak
2. Tisu tekak yang
besar dan tebal. Kanak-kanak yang mempunyai tonsil dan tisu adenoid yang
membengkak selalunya berdengkur. Orang yang berlebihan berat badan dan
mempunyai leher yang pendek dan besar akan mudah berdengkur.
3.
Lelangit lembut dan uvula (anak tekak) yang panjang. Uvula yang panjang
akan mengecilkan rongga pembukaan dari hidung ke tekak. Getaran yang
berlebihan dari tisu ini akan mengakibatkan dengkuran.
4.
Saluran pernafasan tersekat. Hidung yang tersumbat dan sukar bernafas
menyebabkan individu lebih kerap menyedut udara untuk bernafas. Ini
mengakibatkan ruang vakum yang berlebihan di dalam tekak, dan
mengakibatkan tisu tekak yang lembut tertarik ke dalam dan mengakibatkan
dengkuran.
5. Batang hidung yang bengkuk, polip dan jangkitan sinus.
Komplikasi
Berdengkur, boleh juga mendatangkan masalah tidur yang serius yang
dipanggil ‘sleep apnea’ iaitu apabila seseorang itu berhenti bernafas
lebih dari 10 saat buat seketika sewaktu tidur. ‘Sleep apnea’ boleh
membahayakan diri dan memerlukan rawatan selanjutnya.
Rawatan
Dengkur yang teruk ialah mereka yang berdengkur pada mana-mana
kedudukan atau mengganggu orang lain, sepatutnya mencari khidmat nasihat
perubatan bagi memastikan keadaan itu bukanlah masalah ‘sleep apnea’.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) akan memeriksa hidung, mulut,
tekak, lelangit dan leher mendengkur. Kajian semasa tidur yang dilakukan
di dalam ‘makmal tidur’ perlu bagi mengenal pasti tahap keseriusan
dengkuran dan kesan kesihatan ke atas mendengkur tersebut.
Rawatan Untuk Dengkur
Rawatan adalah bergantung kepada diagnosis yang dibuat. Pemeriksaan
akan menunjukkan dengkur adalah disebabkan oleh alahan hidung,
jangkitan, kecacatan atau masalah tonsil dan “adenoid”. Rawatan diberi
mengikut sebab-sebab yang dikenal pasti.
Petua untuk Mengurangkan Dengkuran
- Kurangkan berat badan jika anda mengalami masalah berat badan berlebihan
- Kurangkan pengambilan arak atau ubatan yang mempunyai kesan mengantuk pada waktu tidur
- Cegah pengambilan tranquilizer, pil tidur dan antihistamina sebelum tidur
- Elak pengambilan arak sekurang-kurangnya 4 jam dan mengambil makanan berat atau ringan dalam tempoh 3 jam, sebelum berehat
- Amalkan tidur pada waktu yang tetap setiap hari
- Utamakan posisi tidur mengiring daripada posisi terlentang
- Tinggikan kepala katil anda lebih kurang 4 inci ke atas supaya posisi kepala lebih tinggi dan lidah tidak tertolak ke belakang.
Sumber: Facebook Selangor FC
P/S: Good night. Sabar je la if dpt pasangan yang berdengkur ye.. Kata terima seadanya :P
13 Comment for "Petua Hilangkan Dengkur Ketika Tidur"
My hubby pernah alami sleep apnea tu..mmg risau sgt akak bila dia jd camtu...
Done DIGI..
pernah tgk pasal dgkur ni dekat chanel astro..
dia siap buat pmbadahan lagi tau..sbb dgkuran tu buat dia tidur tak nyenyak...
rasanya kdg2 sbb pnt berdengkur jgk..hihi
my haikalayuwani kalau dah penat sgt mmg berdengkur
gd one tq shara ye
Kalau Mr.JR berdengkur, AJ pekup muka dia dengan bantal..
Hahhahahah..
Kejam kan... =P
Btw, nice info nani...
kak ina pnh jumpa org yg br tido 2 3 minit terus dgkur.. kuat lak tu..
serius tak bleh tido kalau dengar org berdengkur. huhu..
Hahaha....hubby deqla kalo pnt sgt mmg berdengkur tp xde la kuat sgt bunyi...tu x ksh sgt...yg merisaukan bila dia start ngigau...deqla bole kena heart attack tau..haha...
aish..rasanya xde masalah sebab2 berdengkur..tp still ada masalah dengkur..acane tuh?? org ckp mungkin penat buat kerja seharian..
Thanks for the info
thanks 4 the info ..:)
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)