اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Selamat pagi Isnin.. Pejam celik pejam celik, minggu depan dah pun hujung bulan. One more month to go.. Insha Allah.. Pagi ni nak kongsi pasal Mitos & Fakta Coklat.
Mitos & Fakta - Coklat
Penyelidikan yang dijalankan telah membuktikan khasiat dan kebaikan koko dengan tahap kalorie yang dianggap normal untuk semua penduduk. Coklat dan koko memang menjadi kesukaan ramai orang di dunia ini. Marilah kita lihat sejauh manakah kebenaran ini.
MITOS
Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian yang disyorkan (USRDA): Kalcium - 9%; Riboflavin - 9%;
Protein - 6%;
Zat Besi - 3%;
Vitamin A - 2.4%;
Thiamine - 2%.
Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan. Coklat sungguh berkhasiat.
MITOS
Coklat adalah sumber utama 'dietary sugar' untuk kanak-kanak.
FAKTA
Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang daripada 3 peratus daripada jumlah pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen.
MITOS
Coklat mengandungi sodium yang tinggi.
FAKTA
Satu bar 1.5 auns.coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium; satu bar coklat susu - 40 mg. Cuba bangdingkan dengan: 1 cawan susu - 122 mg; 1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium.
MITOS
Coklat menyebabkan kerosakan gigi.
FAKTA
Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi. Oleh itu coklat bukanlah penyebab jerawat. Sebenarnya, faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan kulit yang disebabkan oleh aliran keluar minyak yang berlebihan.
MITOS
Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif.
FAKTA
Satu auns coklat adalah 5 milligrams. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 milligrams dan bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat, mengandungi antara 28 dan 44 milligram kafein secawan. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 milligrams bagi satu tin seberat 12 auns.
Anda terpaksa memakan banyak bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar coklat) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur.
MITOS
Memakan coklat dan lain-lain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak.
FAKTA
Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan protein.
Sumber : Lembaga Koko Malaysia (Di petik dari FB Radio Bernama)
Kepada sesiapa yang nak order coklat sama ada untuk yang tersayang, untuk door gift sebarang event, untuk jualan amal boleh tempah dengan Chic Na.. Chic Na ni ratu coklat okeh.. Ramai yang tempah dengan Chic Na.. Tak percaya? Godek sendiri kat album coklat Chic Na. Ramai blogger da buat review keenakan dan kelazatan coklat hasil tangan Chic Na.
Facebook: https://www.facebook.com/cikna.chocolate
P/S: Saya pending order lagi ngan Chic Na.. Maaf ye Chic Na.. Moga hujung bulan ni jadi la.. =)
9 Comment for "Mitos dan Fakta Coklat"
yui suka coklat..nyum2..
whatever the mitos and facts is... I still love chocolate...heeee.... ^_^
coklat mmg selalu disalah kan sebab tak bagus untukkesihatan
mcm2 mitos kan....dan tak sangka serbuk coklat boleh mghalang mbentukan pada plak...
betul fakta2 tu. chic na pun pernah baca pasal ni. coklat sebenarnya byk khasiat tp kena ambil dgn betul la kan.
huhu.. thanks nani. banyak betul backlink nama cikna. ala its ok la. anytime je. ;)
seriously..kalau pndai control, mkn coklat x mnjadi masalah buat si pemakan..=)
husna perasan, kak nani tgh menghitung hari..utk apa ye?? =D
AJ memang penggemar coklat tegar...
Hehehehheh..
Errrr tp cekelat ni ramai yg suka...hihi
kak intan suka coklat dan paling suka dark choclate
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)