اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Salam Jumaat semua..
Saya tak ingiat sama ada saya pernah berkongsi ataupun tidak berkenaan dengan Larangan Menghina Wanita Muslimah but saya ingat saya pernah kongsikan buku tentang Wanita Berhias dan Menjaga Diri.
Allah SWT berfirman bermaksud:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olok) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita lain, (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang dilok-olok) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok), dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesusah iman, dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".
Al-Hujurat :11
Antara faktor yang dapat memutus tali ukhwah adalah tindakan mengolok-olok, menuduh dan mengejek orang lain. Sikap ini timbul kerana kebodohan dan kelalaian. Hak orang yang lemah harus diangkat bukan dibebani. Hak orang yang bingung harus diberi petunjuk bukan di tertawakan. Bila ada seseorang memiliki suatu keburukan, maka janganlah orang Islam lainnya menjadikannya sebagai bahan permainan.
Rasulullah SAW telah memperingatkan agar tidak mengolok-olok atau pun mengejek orang Islam dengan sabdanya:
"Sudah cukup keburukan ada pada seseorang bila ia menghina saudaranya sesama muslim. Setiap muslim terhadap muslim lainnya haram darahnya, hartanya, dan kehormatan dirinya."
HR.Muslim
Barangsiapa yang suka menghina orang lain, beerti hatinya penuh dengan keangkuhan dan kesombongan. Akhirnya ia meremeh hak orang lain, merasa lebih tinggi dari mereka dan cenderung suka menghina mereka. Sedang wanita yang benar-benar Mukminah mengetahui bahawa manusia menjadi tinggi kerana ketakwaannya, buka diukur oleh hal-hal yang bersifat duniawi. Maka Rasulullah SAW bersabda "Tiidak masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan seberat zarah" (HR Muslim) Bila seseorang diremehkan atau pun dihina orang lain, maka sebaiknya ia tidak mempedulikannya.
Sumber: WANITA Berhias & Menjaga Diri.
P/S: Sekadar perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri.
2 Comment for "Larangan Menghina Wanita Muslimah"
Setuju..siapa kita utk menghina manusia sesuka hati...?? Nice sharing dear.... ;-)
semoga menjadi pengajaran untuk kita semua..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)