Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Man Jadda Wajada

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Man Jadda Wajada... 
Ertinya: Barangsiapa yang bersungguh-sungguh, pasti akan berhasil.


Jangan pernah meremehkan impian dan cita-cita kalian.  Allah Maha Mendengar
Jangan pernah meremehkan impian dan cita-cita orang lain. Allah Maha Mendengar.
.
.
.

Usaha... Sejak kecil kite da diasak dengan perkatan 'usaha'. Usaha.. usaha... usaha.. Pasti berjaya. Hanya orang berusaha akan berjaya. USAHA TANGGA KEJAYAAN. Ada orang usaha nak mati tapi belum jumpa tangga kejayaan. Kemudian mereka pun mengeluh dan mula putus asa dan menuding jari menyalahkan takdir kehidupan mereka. 

Usaha itu subjektif. Sedikit usaha atau banyak usaha memang tidak boleh dipertikaikan. Berkait dengan rezeki dari Allah S.W.T. Ada orang usaha sikit dah dapat tapi ada orang yang usaha banyak tapi tak dapat langsung. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Yakin dan percayalah bahawa setiap dari kite ada rezeki kite sendiri. Cuba lihat rezeki yang Allah bagi pada kite setiap hari. Pernah fikir tak? Pernah syukur tak? Pernah ambil tahu tak? 

Wajib kita bersyukur setiap kali bangun dari tidur. Syukur dapat bernafas. Syukur dapat melihat,. Syukur dapat berjalan. Syukur masih sihat. Syukur masih boleh bercakap. Syukur tak pekak. Syukur.. Syukur.. Syukur... Alhamdulillah. 

Syukur, Usaha, Reda,Yakin, Istiqamah, Tawakkal. Insha Allah. 

Hasbunallah hi wanikmal wakil 
"Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung"
Surah Al-Imran: Ayat 173
Anda hari ini adalah anda yang anda pilih. Kehidupan berkait dengan pilihan. Anda yang menentukan pilihan anda sendiri. Anda memilih untuk melihat apa yang anda ingin lihat, anda memilih untuk mendengar apa yang anda dengar dan anda memilih untuk melakukan apa yang anda ingin lakukan. Setiap pilihan yang di buat ada kesan dan akibat sama ada kesan baik atau buruk. Semuanya terletak di tangan anda sendiri. Kite diberi akal untuk berfikir dan menilai baik dan buruk, jadi gunakan akal bukan menggunakan nafsu. Manusia yang tewas dengan nafsu adalah manusia yang paling rugi. Hidup bertuankan nafsu. 

Obstacles can be a step stone of fall stone. It depends on how you look at it- Anthony Robbins.

Mengharap kejayaan jatuh dari langit itu hanyalah angan-angan sahaja. Mengharap kesenangan tanpa usaha sendiri dan mengharap shortcut dalam kehidupan itu bodoh namanya. Sekian bebelan sabtu. Yang baik itu dari Allah, yang kurang baik datang dari kekurangan diri ini sendiri. 


P/S: Manusia itu unik. unik.. unik.!!  Unik sungguhlah pemikiran mereka.. Egois!!!

5 Comment for "Man Jadda Wajada"

Selagi kita hidu, selagi itu kita harus berusaha..memperbaiki dri dari masa ke semasa & selebihnya bersyukur padaNya..

Psstt...nanie sht? Maaf lama x singgah ke bl0g nanie..rindu nanie..huhu

inshaallah Allah nampak usaha kita ;-)

betul betul betul!
tiada hasil tanpa usaha.. ;)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top