Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Review Pil Super Resdong

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

[Autopost Entri]

UPDATED ENTRI : 5/5/14 PIL SUPER RESDONG TIADA KELULUSAN KKM 
http://www.naniey.com/2014/05/produk-tiada-kelulusan-kkm.html

Homaigadddddd... Lama gile tak review kan?? Well hari ni saya nak review satu produk iaitu Pil Super Resdong. Entri ni khas untuk mereka yang suffer dengan resdung. Resdung ni macam-macam jenis, macam-macam simptom . Lain orang lain la jenis nye. I have this kind of probs too. Actually tak ambil port pun pasal ni until something happen to me last week

Apakah yang berlaku?? Macam suspen je kan. Actually my face dah tak de jerawat. Weee.. Happy tapi still banyak parut. Biasa la tangan tak reti duk diam nak usik jerawat so take times la nak rawat parut. Sigh**. I love seafood especially udang and sotong. Fav tu. Tapi biasa kalau makan ok je. Cuma last week teringin nak makan sotong kering. Then beli la and melantak sorang-sorang. Fuh... Nikmat gile. Keesokan paginya, ada sembilan bijik jerawat naik. Hamekkawwww... Gile la.. Serious tetiba rasa macam nak nangis. Muka da ok tetiba sekali naik sampai sembilan biji. Jilakee betul. 

Cuba fikir kenapa boleh naik jerawat, sedangkan saya dah stop more than a month minum kopiko and also stop pakai produk yang buat kulit jadi kering or jadi berminyak. Serta merta 'sotong kering' pop up dalam otak. Sah.. Memang sotong kering nih.. Cisss.. Saya nekad nak beli Pil Super Resdong yang saya pernah makan dua tahun lepas.  Memang elok. 

 
Tanda-tanda Menghidap Resdung
  • Sakit kepala
  • Gatal-gatal,
  • Rambut Gugur
  • Hidung Berair
  • Bersin Selalu
  • Mulut berbau busuk
  • Mata gatal-gatal
  • Penglihatan kabur
  • Telinga gatal
  • Seluruh muka gatal-gatal
  • Jerawat biasa atau batu
  • Muka berbintik hitam
  • Kahak banyak dikerongkong
  • Gatal seluruh badan tertentu
  • Hidung berdarah.
Review Pil Resdong
  • Setelah menggunakan Pil Resdong ni
  • bangun pagi tak de bersin-bersin macam before this. 
  • jerawat cepat kecut *dlm masa dua hari je jerawat da hilang.
  • no more kahak *kadang bangun pagi rasa tak selesa
  • Bau akar kayu yang sangat kuat *tak sesuai bagi orang yang tak boleh nak telan benda2 berbau ni
  • Sangat berkesan

Highly Recommend untuk orang yang ada tanda-tanda seperti tertera di atas. Tanda-tanda tersebut saya petik apa yang ada di kotal Pil Super Resdong ni. Bagi yang ada masalah jerawat tu, mungkin boleh try this pills sebab kadang kite tak tahu adakah jerawat tersebut disebabkan hormon atau jerawat resdung. Faktor pemakanan juga boleh menyebabkan jerawat.

Oh ya.. jangan risau sebab Pil Super Resdong ni diluluskan oleh KKM- MAL06051618T. Anda boleh dapatkan di kedai-kedai jamu pada harga less than RM15. Satu botol ada 30 biji untuk kegunaan 15 hari. Pengambilan satu biji siang dan satu biji malam.

So tunggu apa lagi, terjah toko jamu hari ni bagi yang ada masalah resdung tu.  Sekadar berkongsi. Saya tidak bertanggungjawab diatas kesan dan akibat pengambilan ubat ini oleh anda. 

P/S: Ada 5 lagi yang masih pending utk review. Huarghhhhhhh.. 


10 Comment for "Review Pil Super Resdong"

huuuu..igtkan ubatnye xdela besar mana..sekalik besar gedabak..cane nak telan nih kak nani..=(

resdung husna pon teruk jugak..hmpir kesemua masalah kat atas tuh ada pd husna..='(

wah pil super resdong... semoga mereka yang mengamalkan nampak kesan... he hehe...akak tak der resdong...tapi mama akak ada...

bru tau kta ada pil resdung sblm ni ayu xtau..tq info naniey ;-)

hati hati mkn ubat cam gini. takut side effect je.

btl ke elok? dya pun resdung jgk..

Deqla pun resdung..rasanya smua ada resdung cuma terok ngan x je kan....

cikna pun penghidap resdung tegar. banyak betul pantang makan. boleh cuba nih..

Hai Admin... Saya da cuba semak no pendaftaran di laman web KKM tapi tidak result... macam mana ya

PRODUK INI TIADA KELULUSAN.. SAYA DAH UPDATE DI ATAS SEKALI MENGENAI PRODUK INI..

betul tu produk ni tiada kelulusan KKM.no pendaftaran itu hanya rekaan shj. sy dpt tau dr pegawai KKM sndiri yg bt penerangan di booth dorg. harap tiada yg membelinya kerana ia boleh merosakkn ginjal.harap maklum dan berhati2

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top