اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Kalau sebelum ni saya pernah kongsikan cara buka akaun semasa Maybank bagi individu, hari ni saya nak kongsikan cara buka akaun semasa perniagaan. Actually mudah je kalau ikut cara-caranya. Pengalaman saya buka akaun semasa perniagaan ni memang sukar sebab asyik kena tendang je. Bile saya pergi ke cawangan A, dorang tendang saya ke cawangan B, kemudian ke cawangan B, dorang suggest ke cawangan C. Almost 3 weeks juga saya pergi ke bank untuk settlekan akaun perniagaan ni. Di sini saya fokuskan kepada akaun semasa perniagaan CIMB. (maklumat untuk buka akaun semasa perniagaan Maybank ada dibawah).
PENTING!!! --> Lebih mudah kalian pergi ke cawangan bank yang berhampiran dengan alamat perniagaan kalian, kerana segala urusan perbankan perniagaan/syarikat, kalian wajib rujuk di cawangan kalian buka akaun sahaja.
Apa yang kalian perlu wajib ada untuk buka akaun semasa perniagaan CIMB???
1) Dapatkan Borang Pendaftaran Perniagaan A atau B dan D di kaunter SSM (original) - RM20
2) Kad Pengenalan Pemilik/Rakan Kongsi
3) Company Stamp (wajib ada nama perniagaan dan juga no pendaftaran syarikat).
4) Duit RM1000
** Adalah penting untuk kalian jelas dengan jenis perniagaan kalian- Pemilikan tunggal/Perkongsian
Sekiranya perniagaan kalian adalah pemilikan tunggal, kalian boleh check transaksi melalui internet banking. Malangnya jika perniagaan kalian jenis perkongsian, kalian tidak dapat check transaksi melalui internet banking.
Andai kata kalian berkeras nak jugak, nak jugak, NAK JUGAK internet banking tu, kalian boleh pergi ke kaunter SSM dan tukar maklumat pernigaan kalian daripada perkongsian kepada pemilikan tunggal dengan persetujuan rakan kongsi kalian. Rakan kongsi perlu wajib hadir bersama semasa proses penukaran jenis perniagaan tersebut di kaunter SSM.
Dah ada semua dokumen yang kalian perlukan di atas bolehlah ke CIMB untuk membuka akaun semasa perniagaan. Isi borang dengan lengkap dan customer service akan bantu kalian. Semasa membuka akaun semasa perniagaan dengan pegawai bank, kalian akan ditanya mengenai transaksi dalam masa sebulan etc. Berapa yang masuk, berapa yang keluar. Jadi bersiap sedia untuk disoal ye. =)
Da settle semua, pegawai bank akan bagitau bile kena datang semula untuk collect cheque book dan buat atm kad. Settle dua ni, maka selesailah semuanya.
Bagi kalian yang ingin membuka akaun semasa perniagaan Maybank kalian wajib sediakan.
1) Dapatkan Borang Pendaftaran Perniagaan A atau B dan D di kaunter SSM (original) - RM20
2) Kad Pengenalan Pemilik/Rakan Kongsi
3) Company Stamp (wajib ada nama perniagaan dan juga no pendaftaran syarikat).
4) Duit RM20005) Maklumat introducer (boleh dapatkan maklumat dan borang introducer di Maybank)
Mudah tak??
Jadi bagi kalian yang ingin buka akaun semasa perniagaan boleh la buka cepat-cepat. Yang penting kena ada dokumen yang saya nyatakan di atas ni.Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi pihak bank berkenaan ye..Boleh call customer service atau PM di facebook mereka.
P/S: Sekadar berkongsi apa yang saya tahu dan khas untuk kalian yang sedang mencari-cari maklumat ini.
13 Comment for "Cara Buka Akaun Semasa Perniagaan"
ohh.. pengetahuan ni walaupun belum bercadang nak buka.. in future mana tau kan.. tq nani.. ;)
salam ramadhan naniey..wah dah buat entry perbankkan lah..hehe
Nice info, tapi setakat ni nur belum nak buka akaun lagi...
harap bermanfaat buat meraka.. :)
Alhamdulillah dah faham sikit tentang buka akaun ni sebab saya memang tengah nak buka akaun.biasa la P bank bukan semua detail.pertolongan saudari ni satu keberkatan.kalau boleh nak sembang panjang.ni Facebook saya Cikgu Nizul Fazli
Wassap..wechat..line..0174694262 harap tak keberatan
salam,
bagaimana pula kalau akaun semasa syarikat menggunakan Bank Islam.
syarat maybank yg perlukan introducer menyusahkan. mana nak cari introducer :-)
nice info. tq.:)
nak tanya skit. klau daftar syarikat di negeri 9 tpi saya nak bukak akaun di JB, boleh ke camtu?
Good info TQ..
Good info TQ..
naniey..yg point #1 tu untuk yg belum ad SSM lg kan? introducer tu mcmn je ek?
Boleh
thank you for a good tips! InshaAllah nak bukak jugak :)
Salam,
Artikel berguna. Jika ada yangperlukan introducer Maybank atau CIMB boleh attikel terawal
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)