Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi Gulai Lemak Ikan Keli

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Salam 6 Ramadhan everyone.. Happy working peeps.. Cuti entri resepi seketika sebab bagi peluang kat entri Konvensyen Usahawan Muslim 2013. Ada rezeki dapatlah join. Insha Allah. Hari ni nak share lauk la plak. Esok saya share dessert. Hari ni nak share Gulai Lemak Ikan Keli. Ada yang geli kan nak makan ikan keli. Ok lah.. Tekak masing-masing.. Jom terjah bahan-bahan dan cara nak masak Gulai Lemak Ikan Keli. Leleh beb...

Bahan-Bahan
  • Kunyit hidup + Lengkuas | tumbuk bagi lumat
  • Santan kelapa (1 biji)
  • 2 keping asam gelugur
  • Garam secukup rasa
  • Daun kesum
  • Ikan keli
  • Bawang yang telah blend 1 sudu
Cara-Cara
  • Panaskan santan pada api sederhana (semasa nak dptkan santan saya gaul sekali dengan hasil tumbuk kunyit hidup dan lengkuas)- means sebelum perah kelapa parut utk dapat santan tu saya gaul dengan hasil tumbuk .
  • Kemudian masukkan bawang, asam keping dan garam. Kacau sehingga mendidih
  • Apabila dah mendidih masukkan ikan keli dan daun kesum. Tunggu dalam 5 minit dan tutup api.
    Sedia untuk dihidang. Sedap..
Mudahnye memasak.. Alahai.. Selama ni masakan yang melibatkan santan memang bagi saya sangat leceh like kari, masak lemak, etc. Memang langsung malas nak amik tahu. Tapi sekarang wajib ambil tahu dan menuntut especially masakan kampung. Sekian perkongsian resepi hari ini dan ianya jugak sebagai rujukan sendiri akan datang. Esok saya share dessert plak. 

P/S: Dessert apa yang best??
4 Comment for "Resepi Gulai Lemak Ikan Keli"

Sedapnye :) dulu pernah cuba buat msk lemak ayam & rebung. Nanti nak try ikan keli pulak la.. Terliur tgk gambar tu :)

ikan keli tang nk siang tu yg leceh kan.. tp sedap. ;)

rumah nur, kalau ikan keli selalu goreng belado..

mg cepatlah licin, sbb adik nur hantu ikan keli ni..heheh

Akak x mkn ikan keli so bleh ganti ikan lain la kan..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top