اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Semalam saya ada up entri cakap hari ni nak up entri Resepi Kuih Cara kan.. So ni la resepinya. Sangat mudah.. Nak buat lagi nanti before balik KL next week. Time cenggini la nak pulun jadi MasterChef yang tak berapa nak chef sangat kat dapur. Dah balik KL life as penghuni hostel memang tak dapat masak da.. Ini resepi kuih cara biasa bukan cara berlauk tau..
Bahan-bahan
- 1 biji telur
- 3 cawan tepung gandum
- Daun pandan
- Santan (1 biji kelapa)
- Air
- Pewarna hijau
- Esen Vanilla
- Gula
- Blend daun pandan dengan air. Kemudian masukkan air pandan tadi dalam kelapa untuk dapatkan santan.
- **Jadi sekarang dah ada santan yang telah bercampur dengan air daun pandan yang diblend tadi.
- Kemudian, masukkan 1 biji telur, pukul sehingga sebati.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan sebati. (tak terlalu cair dan tak terlalu likat)
- Masukkan sedikit pewarna hijau dan esen vanilla.
- Kemudian panaskan acuan dan griskan dengan minyak. Masukkan dalam acuan dan kemudian masukkan sedikit gula. Apabila da masak, keluarkan dari acuan. Kemudian gris lagi acuan sehingga la adunan kuih cara habis.. Siap untuk dihidang. Memang puas hati dapat makan.
Abaikan gambar yang kurang menarik tu. Tengah duk membalas sms customer, sampai terhangit sedikit. *alasan*. Hari ni mama buat puding caramel. Saya sempat bantu sikit je sebab nak bersiap keluar post barang customer and pergi pasar.
P/S: Rindu dia yang jauh dimata..Well thanks for those yang wish me kat komen.. Pelan-pelan saya terjah kalian ye..
5 Comment for "Resepi Kuih Cara Mudah"
Kuih ni filling ngan gula kan? sedap ni
wah best ni.. tp kat mana nak dapat acuan dia tu ek..
sdapnya..lma tak makan kuih ni..
nur selalu buat bentuk bujur tu...
tgk yg garing2 tu buat nur geram la nanie....grrr...
hihihi
sedap kuih cara.. cikna suka yg gula compared tu berlauk..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)