Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Suberi Nasi Kandar Kuala Lumpur

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

[Auto-Post Entry]

Lamanye tak update pasal makanan. Saat menulis entri ni tenet plak slow dan kebetulan perut berkeroncong dondang sayang. Tahap tak tahu nak cakap apa dah ni lapar. Kalau la ada dapur.. Asyikkkkkkkkkkkkkk.. Teringat plak ada satu kali dalam jam 1 pagi perut lapar. Buka fridge tengok ada ikan kerapu. Mintak ngan mama nak masak ikan kerapu. Fuh.. Heaven kot masak kul 1 pagi asam pedas, ratah sorang diri sambil tengok tv. Itu dulu.. Sekarang lain. Aku yang dulu bukanlah yang sekarang. Eceh.. Panjang gilak intro. Dah cukup..

Suberi Nasi Kandar. One of my fav place untuk makan kat KL ni sebab kari die memang tak de tandingan. Superb. Yang penting harga berpatutan. Kari die lagi sedap dari kat Bistro tett. Lurviey la ni yang bawak kat sini. Suberi Nasi Kandar ni ada kat Keramat and Setiawangsa. Yang dalam gambar ni kat Setiawangsa. Saya lebih suke makan kat Keramat lagi. 
Biasa kalau pergi ni je lauk yang saya akan ambil and makan dengan penuh nikmat. Tak pernah ambil lauk lain kecuali kalau teringin nak makan ikan. So tukar ayam and ikan je.


Makan untuk dua orang tak sampai RM13 pun. Murah kan? Nasi plak banyak. Fuh kenyang.. Oh ye.. Murtabak kat Suberi Nasi Kandar ni pun sedap. Saya baru je cuba dua minggu lepas. Patut la ramai yang tempah. 100 keping, 200 keping. Rupenye sedap. Yang penting tak tipu.. Saya pernah beli murtabak yang kononnya murtabak daging. Bile makan penuh bawang... Grrr..

Ok lah tu je. Perut dah krok krok bunyi nih. Apa yang ada eh untuk di makan???


P/S: Kari makan dengan pulut.. Perghhh nikmatnye.. >.<

2 Comment for "Suberi Nasi Kandar Kuala Lumpur"

2org xsampai rm13..?

murah tu....

terliur dah bila ada murtabak..lama tak mkn....

wahhh bila pegi KL kena try ni.. cikna kaki mamak tau nani.. hehehe..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top