Assalamualaikum...
Hot keyword dalam nanieydotcom semalam. Buat inai homemade!! Ramai ye nak buat inai.. Ada jugak yang google tentang kapur dan axion. Kalian dah tengok gambar budak2 yang pakai inai homemade yang dibeli sampai nak tercabut kuku tu dek inai homemade tu?? Kalian boleh google tengok gambar dan luahan akak yang beli tu...
Seperti yang kalian google kalau nak buat inai sendiri yang kaler (colour) merah hijau biru kuning hitam tu; kena letak kapur sireh. Silap letak banyak kapur sireh mau rasa macam nak tercabut kuku jari tu. Me dah rasa.. Kebas uolls. Serik sikit.. Sikit je..
So satu cara lagi adalah menggunakan Aloe Vera Gel dan pewarna makanan sahaja. TAPI... saya ingin tegaskan disini bahawa cara ini akan buat warna inai cepat luntur. Jadi kalau kalian hanya nak pakai kejap je boleh guna cara ni. And kalau jenis rajin topup inai macam saya pun boleh. Kalau tak nak boleh beli kat instashop.
Cara-cara..
Letak aloe vera gel dalam satu bekas then tuang la beberapa titik pewarna(10 titik macam tu) then kacau sampai sebati. Dah siap.. Sedia untuk dipakai.. Tak perlu tunggu kering pun aloe vera ni. Saya guna dalam 15minit terus saya basuh dan hasilnya seperti diatas. Mudah kan?
Selamat mencuba.. Oh ye.. Jap.. Kalau nak beli kat instashop make sure tanye betul-betul kat seller sebab ada buyer yang bagitau kat saya tak menjadi langsung. (Lepas dengar tak jadi terus saya cancel niat nak beli kat instashop). RM10 lepas makan dua hari kot. Cheapskate! Lol..
5 Comment for "Buat Inai Tanpa Kapur Sireh"
lawa jugak kaler pinknya tu :)
nampak cantiklah warnanya
kalau tak de aloe vera,boleh tak pakai sabun saje?thanks
klau alovera bekas putih boleh ke sis ?
Iennn Roslan boleh.. :)
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)