Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi Ayam Goreng Halia Mudah

Assalamualaikum...

Lunch time!!! Kalian lunch makan apa? Beli atau bawak bekal dari rumah? Ayam Goreng Halia salah satu makanan fav yang paling mudah nak masak dan sedap. (masuk bakul angkat sendiri, lol) Sempat la balik rumah cuti raya buat dua kali. Memang mudah dan senang nak buat. Makan dengan nasi panas, perghhhh, heaven wehh..

Resepi ni Ayam Goreng Halia me punye style

 
Bahan-bahan
Ayam yang dipotong-potong
1 ulas bawang putih - dihiris
2 bawang merah - dihiris
1 biji lada hijau
Sedikit halia - dihiris
Lada hitam yang ditumbuk
Sedikit kicap manis - 2-3sudu besar
Sedikit tepung jagung

Cara-cara
Gaulkan kicap manis, lada hitam dengan ayam yang dipotong-potong td.
Kemudian goreng separuh masak dulu. Angkat
Tumis bahan yang dihiris td (bawang putih, bawang merah, lada dan halia) hingga naik bau.
Kemudian masukkan ayam tadi, gaul-gaul...
Then masukkan air. Biarkan sampai ayam tu masak dan air kering (air letak sikit je)
Last sekali masukkan tepung jagung.. Siap!!


Sangat mudah dan sedap. Tekak orang lain tak tahu la kan. Tekak saya cakap sedap.. Sekian resepi kali ni.


1 Comment for "Resepi Ayam Goreng Halia Mudah"

ayam goreng halia ni memang sedap dan layan...

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top