Assalamualaikum..
Resepi Cheese Tart Mudah dan Sedap | Ok.. Finally hasrat nak buat cheese tart tercapai. Tak de la susah pun. Entri panjang ni. Mohon gigih membaca kalau nak buat.
Yang penting kena buat tart shell dulu. Kalau malas nak buat boleh order dengan sapa-sapa yang jual tart shell je..
Resepi Tart Shell (dpt 40biji)
- 170g majerin
- 50g gula icing
- 1 biji telur gred C
- 290g tepung gandom
- 1tsp esen vanilla
Cara-cara
- Pukul majerin & gula hingga sebati.
- Masukkan telur & esen vanilla dan pukul lagi.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga lembut
- Ambil sedikit adunan dan tekan dalam acuan tart bakar pada suhu 170'c selama 20-25 minit.
Note: Jika gula telur gred B buang sedikit putih telur untuk elak crust jadi keras. Untuk doh yang baik dan sedap, simpan dalam peti ais semalaman, bungkus dengan plastic wrap.
Settle tang shell tart! Now kite letak filing pulak guna piping bag. Untuk filing, kalian boleh guna flavour apa yang kalian suke. Saya suke blueberry/blackcurrant. (Macam gambar kat bawah ni) Lepas letak filing baru letak cheese..
Cara nak buat cheese
250g cream cheese ( saya guna tartura je)
50g gula ising
Telur gred B (tapi saya guna gred C sbb tak de gred B)
Esen Vanilla.
Mix semua bahan di atas hingga sebati dan creamy. Dah siap.. Letak dalam piping bag jugak tau..
P/S: Keluarkan cream cheese 15-30 minit sebelum buat. Jangan sampai cecah suhu bilik. BIG NO NO !
Untuk corak yang cantik kat atas tu, kalian ambil sikit cream cream dalam satu sudu besar then letak color (saya guna warna purple sebab filing blueberry-baru ngam kan, lol). Then start melorek guna la batang lidi atau yang buat cungkil gigi tu.. Dah pun siap.. Mudah nye!!!! Dah tak yah susah nak order da kan? Cume kena rajin banyak la.
Untuk cara melorek boleh tengok contoh video kat bawah ni
Untuk cara melorek boleh tengok contoh video kat bawah ni
Next entry saya share buat Chocolate Blueberry Tart pulak ye. Tqvm for reading ths entry.. Saya budak baru belajar..
Update:
2 Comment for "Resepi Cheese Tart Mudah dan Sedap"
sedapnya...kak tak pernah buat ni...
wahh nmpk sedappp..nic sharing nt bole try..slmt hari raya sis :)
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)