Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Mitos dan Fakta Tentang Sinar UV

Assalamualaikum....

Sejauh mane kalian ambil peduli tentang sinar ultraviolet? Saya? Tidak pernah ambil peduli langsung. For me alahai panas je pun. Tak payah nak bajet ayu sangat nak pakai payung terkedek-kedek macam itik pulang petang nak masuk reban. Hah, jangan kau sentap dengan statement ni! Kalau zaman sekolah dulu tak kisah pun berlatih kawad kaki, berjemur sampai gelap muka. Sikit pun tak kisah. Bile da remaja bangka ni baru amik tahu tapi masih tidak menitikberatkan sangat pun. So-so je lah..





Dipetik dari majalah Eh!

Mitos: Anda tidak akan mendapat selaran suria pada hari yang mendung.
Fakta: Anda masih mengalami selaran suria pada hari mendung kerana radiasi UV boleh menembusi kabus, awan dan kabut tebal.

Mitos: Menggabungkan losen SPF5 dengan losen SPF10 akan memberikan perlindungan SPF secara keseluruhan yang lebih tinggi.
Fakta: SPF tidak berfungsi begitu, walaupun anda mengoles SPF 15 dengan dua lapisan, kesannya tetap sama. Ia tetap akan memberi perlindungan sebanyak 93% daripada sinaran UV. Tiada SPF yang mampu memberi perlindungan 100%.

Mitos: Berjemur di bawah matahari tidak mengapa asalkan kulit terkena selaran matahari (sunburn)
Fakta: Walaupun terkena sedikit cahaya matahari ia tetap berkemungkinan untuk mengalami masalah kulit seperti melanoma (kanser kulit). Lebih banyak anda terdedah kepada cahaya matahari lebih tinggi peratusan anda untuk mengidap penyakit ini.

Mitos: Payung di pantai dapat melindungi anda dari cahaya matahari
Fakta: Pasir pantai berupaya memantulkan 17% radiasi UV, jadi terlindung bagaimanapun anda terdedah kepada sinaran UV. Namun berlindung sedikit sebanyak dapat membantu asalkan anda memakai losen tabir suria.

Mitos: Matahari tidak boleh menembusi cermin
Fakta: Cermin hanya dapat menapis sinaran UVB tidak UVA, yang mana UVA dapat menembusi jauh ke dalam cermin lantas kepada kulit. Disebabkan itu, orang dewasa mengalami masalah jeragat atau tompok hitam lebih pada bahagian kanan, dek kerana sinaran UV ketika memandu.

Mitos: Pemakaian tabir suria terlalu banyak akan menyebabkan kekurangan Vitamin D
Fakta: Mungkin selama ini anda menyangka yang pendedahan maksimum pada cahaya matahari diperlukan untuk membantu badan anda menghasilkan vitamin D. Namun daripada pemakanan anda juga dapat memperoleh Vitamin D serta lain-lain nutrien. Selain itu sedikit cahaya UV mampu menembusi kulit, walaupun dengan pemakaian krim tabir suria.

Mitos: Memakai baju berlengan panjang dapat mengelak daripada sinar UV
Mungkin benar, tetapi hanyalah jika anda memakai baju lengan panjang yang tebal. sekiranya baju anda jarang dan boleh lihat kulit dari mata kasar, sama juga seperti sinar UV ia dapat menyerap ke dalam baju nipis terus kepada kulit.
Fakta: SPF merujuk kepada tempoh kulit boleh didedahkan kepada radiasi UV sebelum ia mula terbakar. Tahap perlindungan tetap kekal pada SPF10 walaupun ia adalah gabungan losen SPF5 dan SPF10.

Perlu Tahu mengenai Sinar UV

  1. Masa adalah penting untuk mengekalkan kecerahan kulit. Radiasi UV paling tidak berbahaya pada awal pagi dan lewat petang. Bagaimanapun, pastikan anda memberikan perlindungan terhadap kulit dari sinar matahari secukupnya.
  2. Perlindungan suria untuk seumur hidup. Individu yang mula menggunakan pelindung matahari setiap hari pada usia 20 tahun boleh mengurangkan pendedahan seumur hidup kepada sinaran suria pada usia 70 tahun sebanyak 57 peratus hingga 67 peratus.
  3. Tentukan tahap perlindungan yang anda gunakan. Hanya percayakan produk yang menyatakan tahap perlindungan yang ditawarkan

JADI APAKAH PRODUK YANG BAIK UNTUK MELINDUNGI KULIT DARI SINAR UV?
0 Comment for "Mitos dan Fakta Tentang Sinar UV"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top