Mimpi adalah kunci, untuk kita menaklukkan dunia, berlarilah tanpa lelah, sampai engkau meraihnya.. Laskar Pelangi
Assalamualaikum..
Esok dah masuk tahun baru masihi, 2015. Banyak suka duka tahun 2014. Mungkin duka yang banyak kerna ujian demi ujian. Tapi positifkan diri agar terus melangkah dan bangkit bila tersungkur jatuh saat melangkah ke depan. Kadang kala ada sesuatu yang tidak dapat saya 'hidu'. Hadapi dengan tenang walaupun jantung seakan terhenti denyutnya! Itulah kehidupan seorang remaja bangka yang terpaksa membuat keputusan dengan pilihan yang ada. Oh ternyata, bukan mudah menjadi dewasa. Lol..
Alhamdulillah walaupun banyak duka, tapi mereka yang menyokong sentiasa ada. Mama dan Lurviey. Walaupun ada yang cuba menjatuhkan semangat. Namun moga perasaan yang dipendam tidak membusuk menjadi dendam dihati. Pahit dan sakit saat mendengar dari mereka yang saya kenal dan saya hormati. Tapi tak mengapa. Ku pekakkan telinga dan terus melangkah tanpa menghiraukan omongan mereka yang tak jelas. Just do what I love. Jangan pernah persoalkan tentang sesuatu yang kamu tidak pernah tahu dan wujudnya kamu di lingkungan saya hanya sekadar 'penambah perasa' seperti ajinomoto. Nak kata? Kata lagi mampu. Nak hina? Hina lagi terdaya. Jangan berbahasa basi dengan ku lagi. *dramatis*
Sekadar meluahkan perasaan yang terpendam walaupun bukan all out. Sekadar catatan perjalanan hidup suka duka tahun 2014.
"Fa inna ma’al ‘usri yusra. Inna ma’al ‘usri yusra” yang bererti “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”
[ Kerana Setiap Sesuatu Itu Ada Harganya]
So, terus positif dan berada dalam lingkungan orang yang positif dan mereka yang genuin as human being bukan those with big fake smile and stupid lies! Tak perlu keluarkan kata dari mulut kerana setiap body language kamu saya tahu. *peace*
Peluahan yang bukan sepenuhnya dari lubuk hati. Seperti lirik lagu 'aku maafkan kamu, tak perlu kita bertemu cukup kau tahu. Aku maafkan kamu tolong teruskan hidup jangan sebut namaku'
Tak perlu petik namaku lagi ye.. Selamat tahun baru masihi..
1 Comment for "Peluahan Bukan Dari Lubuk Hati Suka Duka 2014,"
Kita doakan Nanie redha dan tabahh dengan segala ujian yang mendatang. kita doakan yang terbaik buat Nanie for upcoming 2015 ye~
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)