Assalamualaikum..
Datang lagi ke Irfan Sup? InshaAllah, nak sup urat pulak.
Menuntut janji di hari Jumaat nak makan sup. Kata Lurviey sedap dan memang orang ramai. Jam 4.45 petang sampai la kat Irfan Sup. Kedai kat tepi jalan besar dan berdekatan dengan Pos Laju Batu Caves. Signboard kedai pun besar..
Di sebabkan lapar nasi jadi order nasi dan sup campur (perut dan daging) dan telur dadar. Kat sini ada macam-macam sup seperti sup ekor, daging, urat perut, bihun sup etc. Tak sempat nak ambil gambar sebab orang pun ramai. Mata dah la rabun jadi tak dapat la baca semua apa yang tertampal kat dalam kedai tu. Grrr..
Sup campur die ok la bile campur dengan sambal kicap perghhhh pedas dan sedap. Kedai tak putus-putus dengan orang. satu kereta pergi, satu kereta mari. Dari family sampai yang bujang. Alhamdulillah, makanan boleh lah. Sedap dan puas hati berpatutan dengan harga.
Datang lagi ke Irfan Sup? InshaAllah, nak sup urat pulak.
Tag :
jalan-jalan cari makan
1 Comment for "Aneka Sup Di Irfan Sup Batu Caves"
Boleh try sup meletop dkt sri permaisuri..rasa bole tahan dan mknan die murah..kalau bukan sup pn bole mkn ns grg, mee grg ke..sedap..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)