Assalamualaikum..
Makan salad selalu disalah ertikan dengan diet. Sebut diet terus pop up nak kuruskan badan! Saya tak nak cakap pasal apa itu diet dan jenis diet sebab hari ni nak sharing cara mudah buat salad. Okeh, sebut pasal salad, beli kat kedai (beli di sini maksudnya order masa makan bukan tapau/bungkus/takeaway) atau buat sendiri? Of course buat sendiri! Bagi saya la.. Kadang harga salad kat kedai tak masuk akal.. Kalau buat sendiri, boleh masukkan apa je bahan tambahan untuk menyedapkan lagi rasa salad.
Nak buat salad ada macam-macam jenis salad dan dressing yang pasti semuanya menyihatkan dan ada khasiat. Cara olahan dan bahan yang digunakan berbeza untuk setiap invididu. Tepuk dada tanya selera.Last entri tentang salad ada up tentang green smoothies salad yang sempat saya buat.. Bahan mudah je semua. Sesuai untuk saya yang hidup sendirian kat hostel ni. Cume untuk buat green smoothies je ada kekangan sikit.
Salad yang paling saya suka Mixed Salad and Plum. Rasa masam manis pahit semua ada. Perfect combination. Selain plum boleh letak anggur hitam, atau epal, oren, blueberry, strawberry dan lain-lain. Ikut citarasa anak tekak sendiri. Untuk mixed salad and plum ni saya ada bawa untuk Lurviey masa keluar and he makan salad! Yeayyy..
Yang kedua best Salad and Potato Wedges. Memang banyak kali saya buat. Untuk salad ni boleh guna salad yang kalian suka. Kalau saya suka lettuce. Then campur dengan capsicum dan potato wedges. Untuk potato wedges kalian yang ada dapur boleh buat sendiri je. Or boleh dapatkan potato wedges yang frozen kat kedai. Saya tak goreng wedges ni, just panaskan dalam microwaves then dah ready untuk mixed dengan salad and salad dressing. Done!
Brokoli Salad? Sedap jugak buat salad dengan brokoli and thousand island dressing. Campur capsicum lagi sedap sebab jus capsicum yang keluar apabila masuk dalam mulut. Perghhh.. Nikmat sangat!
Mixed Salad & Wasabi Dressing. Salad on the go ni sebab beli dah siap dengan dressing and boleh terus makan tanpa dibasuh! Tapi saya tetap basuh dulu. Wasabi dressing rasanye ok ok je cume bagi saya not worth beli yang dah siap dalam packing sebab salad dressing tak cukup bagi saya.
Sekian sahaja perkongsian saya hari ini. Nanti saya up tentang salad dressing pulak or resepi salad dressing mudah.Have a great weekend! Untuk lain-lain resepi dan salad yang pernah saya kongsi selain yang diatas di boleh klik di bahagian RESEPI di tab.
0 Comment for "Cara Mudah Untuk Buat Salad. Beli Atau Buat Sendiri?"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)