Assalamualaikum...
Semalam borak dengan Lurviey and he said nilai matawang jatuh. Huarghhhh.. Me tak update langsung, tahu benda yang penting pun by FB je and suratkhabar online. Nasib tak sempat bayar beli barang lagi. Kalau tak rugi! Balik google tengok currency mak aihhh.. USD1 = RM3.61. Memang kena tahan jiwa raga buat sementara waktu dari shopping and tunggu stabil balik. Kena tahan duit jugak dari beli barang lain. Nasib Lurviey inform, kalau tak memang hajat nak checkout item minggu ni dah. Kalau guna VISA ok lagi tapi kalau guna Master Card nangis la dengan service charge. Serik! Cukup sekali juga bayar guna Master Card.
Biasa kalau saya beli barang paling tinggi pun currency USD1, RM3.3++ je dan ke bawah. Walaupun bezanye sikit tapi agak terkesan. Belum lagi masuk dengan kos pos, custom value lagi. Kempis poket den. Sentap kena tahan nafsu membeli.
Cerita awal pagi Rabu. Semoga hari ni dipermudahkan segala urusan. Aamiin Ya Rabb.. Tunggu stok sampai ari ni sebab banyak nak kena deliver hari ni jugak. Alhamdulillah. Permulaan yang baik 2015. Moga terus baik dan lebih baik dari tahun lepas yang bagi saya merupakan tahun kegelapan dan penuh dengan ujian. Tapi pengalaman yang saya dapat benar-benar mengajar saya agar lebih berhati-hati dan teliti. Jaminan perlu ada dalam apa jua situasi. Itu yang penting tapi ramai orang hari ini tak memerlukan jaminan tetapi lepas terkena baru nak 'menyalak'. Harga pasaran minyak dunia jatuh, nilai matawang malaysia jatuh, baik ke buruk eh? Kalau dari segi minyak tu bagus la, minyak murah tapi nak shopping dengan currency usd tu yang tak syiok!
2 Comment for "Nilai Matawang Malaysia Jatuh Teruk, Kena Tahan Diri Dari Shopping "
huhu..bagi orang yang belajar oversea memang sangat terkesan dengan penurunan nilai mata wang mlaysia. Sangat terkejut. Sebelum ni mata wang mlysia tak la seteruk ni.
betul tu. nilai mata wang mendadak turun..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)