اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Gigih berpanas seperti dalam sauna selama 6 hari. Akhirnya settle jugak hari ni. Sebelum citer pasal macam mane nak betulkan masalah kipas bunyi bising, saya nak tunjuk bekas baru lip balm baru ni. Puas mencari semalam, ajak Lurviey pusing akhirnya jumpa jugak. Nak buat tinted lip balm sendiri? [Di Sini]
Berbalik kepada kipas.. Akak cleaner datang ketuk pintu bilik bawak pak cik datang baiki kipas. Pak cik yang same tukar lampu bilik saya masa rosak tahun lepas. Dan pak cik ni jugak yang baiki kipas yang rosak dan berbunyi bulan lepas. Bulan ni kena datang lagi sebab kipas berbunyi bising semula.
Kenapa kipas bunyi? SEBAB MINYAK DAH HABIS. So, bila minyak dah habis jangan guna minyak masak yeeeee sebab tak tahan lame. Guna minyak khas (pak cik tu cakap minyak hitam tadi). Patutlah tak tahan lame lepas fix bulan lepas, rupenye pak cik ni guna minyak masak.. Sapa yang bagi minyak tu kat pak cik? Lol.. Pak cik beri jaminan kali ni tahan lame sebab guna minyak khas untuk kipas.
Nak letak minyak kat mane.. Tengok gambar bawah ni. Masukkan minyak kat dalam kawasan yang ada bearing tu. Minyak yang habis kat dalam tu la yang menyebabkan kipas bunyi bising. Tengok dari arah gambar kat bawah ni memang tak nampak. Kena panjat guna tangga tengok dari atas ye.
Kemudian bukak penutup kat bahagian bawah ni, dan masukkan minyak dan sapukan dengan minyak. Nak buka penutup kat bawah ni kena bukak ketiga-tiga bilah kipas tu. Lepas tu pasang balik. Settle masalah kipas bunyi bising!
Kemudian saya nampak pak cik tu ambil satu benda hitam. Saya pun tanye tu kapasitor kan? Pak cik tu macam terkejut sebab saya tau dan tanye macam mane saya tau. Saya ada google jugak mengenai masalah kipas ni and ada tengok bentuk kapasitor.. Pak cik tu tukarkan kapasitor nak bagi kipas lagi laju. Fulamak! Dah laju dah kipas. Dulu selalu pasang nombor lima sekarang kena pasang nombor tiga.
Saya tanye jugak normal ke kipas goyang tu, takut jugak kan kalau tercabut jatuh (pengaruh filem horror). Pak cik tu cakap tak tercabut. Memang normal goyang. Tempat penggantung kipas tu besi.. Cukup la ilmu kipas ni. Boleh la cube sendiri nanti kalau ada masalah kipas bunyi bising. Tapi bab tukar kapasitor tu memang tak berani la.
Alhamdulillah.. Settle masalah kipas.. Terima kasih juga kat warden sebab walaupun cuti masih ambil tindakan. Nak tunggu bedside table sampai lusa.. Lambatnye...
3 Comment for "Cara Betulkan Masalah Kipas Bunyi Bising "
Ilmu baru ni. Memang tak tahu langsung part kipas ni..
ty..sangat membantu
TQ... dapat membantu saya tadi ..selamat duit teman utk beli baru..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)