Assalamualaikum...
Tertarik dengan satu babak dalam KIL seorang mak cik mencium buah sebelum beli. Saya kalau beli buah selalu sentuh je either sudah masak, lembik atau pun dah menunjukkan tanda-tanda nak buruk. Kadang kala kite dah pilih yang elok, cantik, bersih tapi bile ngap dalam mulut, rasanye cukup menghampakan.
Tertarik dengan satu babak dalam KIL seorang mak cik mencium buah sebelum beli. Saya kalau beli buah selalu sentuh je either sudah masak, lembik atau pun dah menunjukkan tanda-tanda nak buruk. Kadang kala kite dah pilih yang elok, cantik, bersih tapi bile ngap dalam mulut, rasanye cukup menghampakan.
Cara memilih buah-buahan (Di petik dari Eh! dan penambahan dari saya)
Beli ketika musim
Pastikan anda membeli buah-buahan mengikut musim kerana tatkala musim, buah-buahan berada dalam keadaan yang segar dan cukup elok. Kalau musim buah durian memang time tu berlonggok-longgok orang jual dari yang murah sampai yang mahal. Beli ikut musim biasanye lebih murah berbanding yang bukan musim.
Guna deria ketika memilih buah
Hidu, sentuh dan teliti akan keadaan buah-buahan tersebut sebelum memilihnya. Ini penting demi menjamin yang anda memilih buah-buahan sama ada sudah masak dan segar atau masam, belum cukup matang atau sudah kehilangan kesegarannya. Lepas tengok babak dalam KIL bile nak beli lemon mesti amik bau.
Periksa tangkai (jika masih ada)
Tangkai buah-buahan akan secara semulajadinya membengkok setelah buah dipetik. Tangkai yang berona hijau dengan buah yang sudah cukup matang adalah yang terbaik untuk dipilih, manakala tangkai yang berona hijau tetapi dengan buah yang agak keras menunjukkan keadaan buah belum cukup masak namun ia boleh disimpan sehingga ia betul-betul masak. Elakkan dari memilih buah-buahan yang bertangkai kering kerana kemungkinan ia sudah dipetik agak lama dari pohonnya dan teksturnya juga agak kehilangan kesegaran semulajadi. TIPS: Nak beli avocado tengok kat bahagian tangkai, kalau masih putih ianya masih elok, kalau dah hitam means terlalu masak atau dah rosak. Sesetengah supermarket dorang dah seal atau dah packing siap jadi agak sukar untuk check. Harus bijak kalau nak beli buah!
Hati-hati dengan buah-buahan yang berlubang
Jika anda menjumpai buah-buahan yang sudah berlubang walaupun sedikit, elakkan dari membelinya kerana rasa dan tekstur dalamannya pasti turut efek akibat lubang yang mungkin dimakan ulat buah.
Pastikan rona yang betul
Contohnya, jangan mengambil strawberi yang berona hijau kerana sebetulnya ia memang agak masam dan tidak cukup matang.
Periksa tanda hitam atau lebam
Buah-buahan yang sudah bertukar rona dengan tompokan hitam atau lebam sememangnya sudah agak lama dipetik dan sekaligus ia sudah menjejaskan rasa semulajadinya. Kalau epal cinderella tu nampak cantik bagus je kat luar tak de lebam tapi bile makan ada lebam. Bile check rupenya kat area tangkai tu ada lebam tapi tak jelas kelihatan. Periksa betul-betul sebelum beli.
Hidu
Sesetengah buah hadir dengan bau yang melambangkan ia sudah masak seperti buah durian dan tembikai susu. Sesetengah buah juga mempunyai bau masam dimana ia sudah mula merosak dibahagian dalam.
Sentuh, genggam dan rasa
Buah-buahan yang padat seperti epal dan pear sepatutnya hadir cukup padat dan rangup, tetapi tidak pada pic, plum, dan buah-buahan lembut yang lain kerana ia sememangnya agak sedikit lembut. Lakukannya dengan cara yang hemah dan teliti kerana takut boleh merosakkan keadaan buah.
Elak mengambil buah yang disimpan di dalam kotak bertutup atau beg guni.
Mitos yang mengatakan sebiji epal rosak mampu merosakkan yang lain adalah benar.
Semuanya hanya menggunakan deria kite. Mudah kan nak pilih buah-buahan? Cuma kadang kala ada sesetengah orang amik mudah, semudah ambil dan bayar tanpa periksa terlebih dahulu. Bile dah balik rumah baru perasan buah dah buruk dan rosak. Membazir je kan kalau beli buah mahal bile balik tak boleh nak makan.
0 Comment for "Cara Memilih Buah Buahan Dengan Deria "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)