Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Persediaan Di Hari Pertama Setiap Minggu

Assalamualaikum...

Monday blues?!! Tendang jauh-jauh. Saya tahu betapa seksanya bile diserang monday blues setiap pagi hari Isnin. Sekiranya kalian memang setiap minggu dan setiap hari 'blues' kalian boleh baca Tips Untuk Survive Di Tempat Kerja. Just a quick sharing of the day. Hari Isnin jangan la pakai baju yang suram. Naikkan mood dengan warna yang ceria. Barulah semangat. Get Up, Dress Up and Show Up!

Apa yang perlu dilakukan hari pertama setiap minggu? Planning! For me planning adalah satu elemen yang penting dan planner sangat wajib ada sepanjang masa. Tapi sekarang zaman dah canggih, ada planner online atau download je apps jika kalian tak suke nak menulis atau bawah buku planner etc.

So, perkara pertama yang perlu lakukan adalah... Bukan update status kat facebook! Buka email. Pastinya ada email penting daripada pihak pengurusan atau klien kalian. Jadi kalian boleh rancang dengan mudah selepas go through semua email.

Ambil masa 15 hingga 30 minit sebelum memulakan tugas kalian untuk merancang apa yang perlu diselesaikan pada hari itu atau minggu itu. Planner mungkin berubah tapi kebiasaan kalian mesti sudah dapat tahu bila akan ada meeting atau discussion di pejabat kalian. Kalau kat tempat saya dulu jarang meeting dan kebanyakkan tugasan berubah bile big boss ada kat Malaysia je. Rutin saya call, research, update data je dulu. Kalau call saya suke call waktu pagi sebab pagi tengah fresh dan orang pun bersemangat. After lunch baru saya fokus untuk research. Update data hari Jumaat. Kalau ada ad-hoc task kena settlekan dulu.

Untuk hilangkan bosan di ofis sambil buat keje, saya dengar radio (pakai earphone kat sebelah telinga je) and satu telinga lagi nak guna untuk calling. Jadi tak de la bosan sangat dan info pun dapat. Radio saya layan Bernama sebab banyak informasi dan diskusi, Lagipun environment tempat keje saya dulu kena senyap dan tak boleh bising-bising. Kena betul-betul fokus kat kerja.

Persiapan sebelum hari Isnin. (Dipetik dari Eh!)

Hujung Minggu
Betul hujung minggu adalah waktu yang sesuai untuk berehat, tapi jangan lah bangun meninggi hari. Sebab waktu santai kamu akan meleret dan kamu akan pulang lewat. Apabila pulang lewat, waktu tidur juga sudah terganjak, penyudahnya kamu akan jadi malas untuk bangun pada hari pertama.

Mind Set
Mulai hari ini, ubah mind set kamu yang bencikan hari pertama setiap minggu. Setiap kali sebelum tidur, fikirkan perkara positf yang akan kamu buat esok hari. Apabila bangun pagi, mulakan dengan senyuman.

Habiskan Kerja
Untuk tidak serabut pada hari pertama setiap minggu, siapkan semua tugasan pada hari terakhir setiap minggu. Jangan biarkan ia bertimbun. Jadi kamu tidak akan terbeban dengan lebihan kerja yang kamu tangguh pada minggu lepas

Till then, thank you. Have a great Monday! Happy Working.

1 Comment for "Persediaan Di Hari Pertama Setiap Minggu"

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top