اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Finally dah dapat My Bedside Table last friday. Balik bilik, siap-siap dulu then terus mulakan projek memasang my bedside table.
Package yang dapat dalam box adalah seperti di bawah ni.
- 1 meja + lampu meja
- 6 batang besi penyambung
Sebelum saya review saya nak share sikit cara nak pasang bedside table ni. Senang je nak pasang tapi disebabkan tenaga saya yang tak berapa kuat jadinya agak sukar sikit nak sambungkan besi membentuk meja.
So kat atas ni adalah klik yang menyambung antara satu besi ke satu besi yang lain. Tak perlu nak pasang skru etc.
Tada... Dah pun siap meja saya. Pandangan dari atas. Ada lampu, ada tempat letak mug, ada tempat letak pen, atau pun apa-apa la kat situ. Lampu tu kena guna bateri 3 AA. Pandangan dari depan. Boleh adjust ketinggian. Just tekan klik tadi then turunkan ke bawah kalau nak meja ni pendek. Kalau nak meja ni tinggi, klik tarik ke atas (tapi ketat gile, memang saya tak kan adjust dah).
My Review
My Review
- Worth sangat dan sesuai untuk orang yang suka buat kerja atas katil, atau kat sofa. So tak perlu nak tarik meja atau guna kerusi untuk letakkan laptop. Selit bawah tilam je. Siap!
- Ada lampu led yang memudahkan untuk menaip dalam gelap. (Jadi jika kalian kat hostel atau sharing bilik dengan roomate, tak de la menganggu mereka).
- Ringan dan menjimatkan ruang kediaman/bilik tidur.
- Material meja, plastik tahan lasak. (placing lightweight items only yeeeeee)
- Susah sikit nak pasang sebab kena guna tenaga nak tekan untuk sambung besi besi tersebut
- Overall sangat puas hati sebab, bukan untuk guna letak laptop, baca buku kat my bedside table, and kalau sakit dan tak larat boleh letak kat katil then letak makanan (ala-ala macam hospital tu).
Sekian sahaja review saya kali ini. Harga My Bedside Table ni RM59. Boleh dapatkan [disini]
3 Comment for "Review Dan Cara Pasang My Bedside Table "
menariknya meja macam ni ^_^
mudah nk buat keje on the go kt katil kak tiha.. sambil tgk movie smbil bring. Lol :)
bagus menda alah ni ek...
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)