Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Biskut Oatmeal Pisang Versi Masak Guna Microwave

Assalamualaikum...

Konon no food no problem. Hehe. Sapa yang follow IG mesti tau. Grrr... Tapi kalau da lapar tetap lapar dan bile lapar mula la fikir nak makan apa dan gunakan bahan yang ada. Minggu ni belum keluar beli barang-barang makan. Yang ada dalam bilik oatmeal, pisang, dalam peti ada yogurt dan susu. Asyik buat overnight oatmeal bosan jugak. Nak buat oatmeal smoothies? Macam tak ok je nak blend malam-malam. Nak buat pancake tak de telur. Jadi sebab ada pisang dan oat, saya buat banana oatmeal cookies guna microwave. Kalau ada oven mesti best!!! Boleh try untuk sesapa yang diet.

RESEPI
1 pisang
5 sudu besar oatmeal
1 sudu teh serbuk coklat/vico/milo ikut suka kalian


Lenyekkan pisang dan mix bahan-bahan lain


Scoop masukkan dalam pinggan/bekas plastik


Panaskan dalam microwave dalam masa 4-5 minit (saya buat secara berperingkat mula mula 2 minit kemudan tambah lagi sampai la nampak macam cookies) - depend pada microwave masing-masing.


Tadaaa.... Dah siap da.... Tunggu sejuk dan makan.


So macam ni la rupenya. Nanti nak buat lagi. Rase die macam cekodok pisang pun ada. Sedap dan manis pun dah cukup tak perlu tambah apa-apa dah. Yang best tak perlu goreng,no minyak-minyak atau perlu tambah gula semua dah okeh! Alhamdulillah kenyang. Happy Tummy.... Selamat Mencuba! Sedap and CONFIRM NAK BUAT LAGI...Kalau yang ada oven mesti best.
0 Comment for "Biskut Oatmeal Pisang Versi Masak Guna Microwave "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top