اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Eh bukan da ada ke entri ni? Entri tentang overnight oatmeal sebelum ni dah hilang atau terdelete tanpa tak sedar.. Saya pun tak tahu... Apa boleh buat.. Saya taip balik dan ada penambahan dari entri sebelumnya. Overnight oatmeal sesuai untuk anda yang malas nak bangun bagi nak masak dan suka something yang mudah, cepat dan tinggal ngap masuk mulut je. Tak kan hari-hari nak breakfast kat cafe kan. Duit pun keluar.
Overnight oatmeal tak sampai 10minit je nak buat cume mungkin bahan yang agak banyak (tak sampai 10 bahan pun) dan kadang manusia ni dah set kat otak tak cukup satu bahan terus tak nak buat, tak sedap la, etc.
Bahan simple untuk overnight oatmeal
Oatmeal (saya letak 7 sudu)Susu secukup rasa (nak pekat letak sikit, nak cair letak banyak)Buah-buahan (pisang, strawberry, blueberry, carrot, kurma, ikut citarasa sendiri asalkan buah tu jenis yang tahan yee)Peanut butter setengah sudu
Campurkan semua semua bahan kat atas. Untuk sukatan susu tu kalau suka oatmeal tu pekat letak sikit tapi kalau suka cair lebihkan sikit. Saya suka susu banyak sebab bile dah terendam oatmeal ni mengembang dan texture die sticky sikit. Boleh letak dalam jar atau dalam bekas and masukkan dalam peti ais. Bangun pagi esok keluarkan dan makan. Sedap dan mengenyangkan. Brunch!
VERSI VIDEO
Sekian sahaja perkongsian sekali lagi. SEKALI LAGI yeee... Oh ye yang feeling nak buat oatmeal dalam mason jar boleh beli kat mane-mane market. Kalau kat Giant harga almost RM7/jar. Saya? Saya kitar semula jar yang ada. Jar apa? Jar sos carbonara. Bijak kan? Jimat wang.. Harga sos carbonara tu pun pun almost RM7 so beli dapat sos. Kalau mason jar tu dapat jar kosong je.. Bijak tak? Era GST kena bijak. Setiap minggu banyak duit keluar bayar GST!
0 Comment for "Overnight Oatmeal Untuk Anda Yang Tiada Masa Nak Sediakan Sarapan"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)