Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tips Untuk Elakkan Sakit Belakang Akibat Duduk Terlalu Lama

Assalamualaikum..

Tips Untuk Elakkan Sakit Belakang Akibat Duduk Terlalu Lama | Throwback zaman mula-mula keje dulu.. 8 jam duduk kat meja tak bergerak memang buat sakit dan lenguh-lenguh terutama di bahagian pinggang ke bawah (kecuali pergi toilet, waktu zohor, nak ambil air, nak ambil docs, nak tanda tangan barang courier). Aduhhhh... Nak pulak kaki panjang tapi dapat kerusi pendek, tak selesa plak tu! Grrr.. Bile lenguh-lenguh mula la duduk pun macam orang sakit perut, dah tak boleh fokus pada kerja.


Berikut merupakan tips postur yang betul bagi anda yang bekerja di meja bagi mengelakkan badan sakit.

  1. Duduk di kerusi anda dan sekiranya anda tidak boleh duduk kembali akibat sakit bahagian belakang anda, gunakan towel kecil yang digulung atau bantal kecil untuk menyokong badan anda.
  2. Jangan bersandar ke depan dan duduk ditepi kerusi anda (rujuk gambar di atas yang bertanda X). Ini menyebabkan bahagian belakang anda sakit.
  3. Angkat bahu anda seperti rajah di sebelah kiri dan korang lebih relax dan selesa berbanding dengan rajah di sebelah kanan yang kelihatan membongkok dan akan menyebabkan sakit di belakang dan juga dileher. 
  4. Pastikan lengan anda rapat ke sisi anda
  5. Pastikan siku and dibengkokkan 90 darjah
  6. Duduk menegak dan pastikan anda tidak menunduk saat melakukan kerja dengan komputer. (salah satu penyebab anda mempunyai dagu berlapis adalah salah postur di sini)  
  7. Pastikan bahagian atas belakang dan leher anda berada dalam keadaan lurus (keadaan seperti mendada) dan tuck in perut anda. Cer buat.
  8.  Letakkan kedua dua kaki anda di atas lantai supaya lutut anda berada dalam keadaan lurus dengan pinggul anda. Jika lenguh anda boleh gunakan alatan yang boleh menyokong kaki anda (guna la apa2 yang ada untuk menaikkan kaki dan kemudian turunkan kaki anda- contoh kotak kosong- anda boleh letak kaki anda kat atas tu untuk hilangkan lenguh. Dan kemudian turunkan semula kaki anda seperti posisi asal).

Harap tips di atas dapat membantu korang, so badan-badan korang tak sakit. Kalau dulu memang selalu sakit sebab duduk terlalu lama, plus time keje dulu memang tak boleh nak jalan-jalan. Tapi sekarang kerja aku lebih fleksibel, bila aku rasa sakit belakang aku baring jap or strecthing untuk legakan sakit belakang tu. Cuma lepas beranak ni sakit belakang tu makin menjadi jadi mungkin sebab dukung Naura dan juga faktor breastfeeding juga. Ntah bila nak habis PKP ni aku nak berurut. Lepas beranak aku tak sempat berurut pun.


P/S: Dulu kalau pergi mall suka guna kerusi urut tu. Letak duit dua ringgit rasa sedap je badan lepas kena urut. Hehe.. 


Tag : tips
6 Comment for "Tips Untuk Elakkan Sakit Belakang Akibat Duduk Terlalu Lama "

nice info... betul tu kerusi pun main peranan jugak.. mcm kalo buat keja kt meja mkn kt umh sakitnya alahai pinggang kalau dh duduk lama

saya suka tips siku dengan lengan tu..terima kasih..lagi-lagi kalau wrist kan, kena jaga jugak tu :)

Tips yang berguna . Biasa kalau duduk lama kat dalam opis memang akan sakit belakang . Postur badan memang memainkan peranan penting

Terima kasih share tips. Biasa kalau lama sangat, bangun dan buat regangan kejap. Duduk lama lama bukan sakit pinggang je dapat. Segala sendi sakit.

terima kasih berkongsi. cara sy, setiap 20 min duduk sy akn bergerak/berdiri. tambah pulak keje dpn pc. bkn bdn je kena jg mata pn kena jg juga. selain tu kn byk minum air😊

Bila dh berumur ni duduk lama pun sakit, berdiri lama pun sama

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top