Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi Lempeng Kentang Mudah

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ

Hari Jumaat yang indah.. Alhamdulillah masih bernafas. Alhamdulillah masih diberi kenikmatan yang dipinjamkan oleh Allah. Syukur Alhamdulillah dengan positive energy permulaan hari. Alhamdulillah dah boleh manage sleeping pattern. Ternyata berjaya! Nak tak nak je. Grrrr... Settle sudah keje pagi ni, pukul 9 pagi dah ada dalam pejabat pos Amcorp Mall. Kedai pun tutup lagi, dan yang ada hanyalah kelibat mereka yang bekerja 'office hours' atau senang cakap orang keje ofis je la. Settle pos barang terus balik dan now menaip entri. Sebelum pergi tadi, singgah beli nasi lemak paru (nasi lebih). RM3. Masih murah macam tahun 2013. 


Petang semalam perut tak berapa ok dan nak makan pun nak tak nak je. Tak selera sangat. Lastly teringin nak cube buat potato pancake. Di sebabkan kondisi yang tak berapa mengizinkan, jadi saya hanya mampu buat benda yang simple simple je. Lempeng kentang ni buat dengan tiga bahan sahaja. Done! Gune rice cooker je jadi tak cantik macam masak atas dapur gas.

Bahan-bahan
  • Kentang dua biji
  • Gandum secukup (main agak je lebih kurang 1 cawan
  • 1 biji telur 

Cara-cara
  1. Parut kentang tu (kena beli sagat baru yang lebih kasar sikit sebab penyagat yang saya guna ni buat kentang hancur, grrr) 
  2. Lepas tu masukkan tepung then telur. 
  3. Gaul sebati.
  4. Letak la garam secukup rase. 
  5. Sapu minyak sikit then goreng sampai masak. Siap! 

Teringin nak baking tapi sabar la. Tunggu balik rumah nanti. Macam-macam nak buat. Lol... Sekarang nak belajar menjahit dulu. Balik ni praktis!
2 Comment for "Resepi Lempeng Kentang Mudah "

macam sedap.. if tak masuk telur boleh tak nani? hihi.. maklum la allergic..

lama tak singgah sini.. :)

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top