اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Hah... Kemain ko tajuk entri tuh.. Last day kat rumah hari tu tengok ada banyak terung cume biasanya kalau duk rumah mama buat terung bakar je. Kebetulan last day tu semua keluar hantar adik jadi saya kat rumah ni mula la google cari resepi apa yang best buat terung ni selain terung bakar, terung sambal. Jumpa la resepi kat MyResepi. Ada dua tiga jugak resepi dan panggilan pun lain-lain. Dah tak ingat dah. Saya cari yang bahan paling mudah and confirm ada la kat setiap rumah.
Bahan-bahan
2-3 batang terung panjang
1 biji telur
2 sudu tepung (dalam resepi tu dorang tak mention plak tepung apa jadi saya guna la tepung gandum.. lol)
Sedikit serbuk kunyit
Lada hitam- tumbuk jadi halus - pandai2 la agak
Secubit dua garam - secukup rasa - pandai2 la agak
Sedikit air - ni pun pandai2 la agak -
Cara-cara
Mix semua bahan tu kecuali terung dan kacau
Panaskan minyak dalam kuali
Kemudian terung yang dah dihiris tu boleh celup dalam bahan yang dikacau tadi tu then goreng!
Siap!!!
Sedap giler!! Tak tahu plak terung best macam tu rase. Selalu terung saya suka yang dibakar je. Masak lain memang susah la nak makan. No wonder la ada komen cakap anak-anak yang tak suke makan terung pun jadi minat nak makan terung. Selamat mencuba! Me akan buat lagi nanti..
0 Comment for "Resepi Terung Celup Tepung, Kudapan Enak dan Mudah"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)