Assalamualaikum...
Quick sharing of the day. #tgif ..
Perbezaan Mahar dan Wang Hantaran.
Wang hantaran bukanlah sesuatu yang wajib diberikan kepada pengantin perempuan tetapi ia dibenarkan dalam Islam sebagai bantuan kewangan untuk majlis perkahwinan selagi tidak membebankan.
Mahar (mas kahwin) adalah satu pemberian wajib daripada seorang suami kepada isteri malah isteri dibenarkan menolak permintaan suami di malam pertama sekiranya mahar masih belum dijelaskan.
Meletakkan wang hantaran yang tinggi adalah satu perkara yang tidak disukai agama.
Jumlah mahar tidak dihadkan oleh syarak sama ada banyak atau sedikit. Semuanya terpulang kepada persetujuan kedua belah pihak (pengantin), berdasarkan taraf atau darjat pengantin.
Hukum syarak tidak menggalakkan mahar yang tinggi hingga membebankan pihak lelaki.
Mahar boleh jadi dalam pelbagai bentuk asalkan ia berfaedah seperti wang, barang, dan apa juga yang bermanfaat.
1 Comment for "Perbezaan Mahar Dan Wang Hantaran"
kdg terkompius gak.. huhuhu..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)