Cara Untuk Elakkan Muka Berpeluh | Petua Elakkan Muka Berpeluh Selepas Make Up | Petua Make Up Tahan Lama | Skin Icing
Assalamualaikum
Sapa
ada masalah kulit muka mudah berpeluh especially lepas make up? Alhamdulillah saya jarang berpeluh kat muka. Cume bile buat intense workout baru la berpeluh sampai kat muka atau duk kat tempat panas untuk jangka masa yang lame tanpa bergerak. Lol.. Kalau make up mesti tak selesa bile muka berpeluh kan? Abis
bercapuk muka. Dah nak kena touch up balik..
Kat bawah ni petua khas untuk kalian yang mudah berpeluh lepas make up.
Sebelum
mengenakan solekan, tekap wajah dengan ais. Petua ini dikatakan dapat
mengecilkan liang roma dan mengurangkan masalah kulit berminyak. Ni
kiranye 'skin icing' la. Saya pernah buat kejap hari tu. Lepas tu dah malas
beli timun dan peti kat hostel saya ni dah rupe apa pun saya tak reti nak cakap. Semak mata saya tengok!
Jika
menghadiri majlis di tempat terbuka, biasanya wajah lebih cepat
berpeluh. Tekap wajah dengan kertas minyak (blotting paper). Jangan sapu
tetapi tekap, ia tidak akan mencomotkan solekan anda. Saya masih ingat masa
lunch dengan GM zaman keje dulu die cakap kalau gune blotting paper ni menggalakkan
lagi pengeluaran minyak. Ada a few website pun ada cakap tentang ni. Seumur hidup saya baru sekali beli, kononnya feeling bile muke berminyak, bukak handbag keluarkan
blotting paper tekap kat muka. Cewahhh, tu pun beli yang murah je pun, blotting
paper kat Daiso. RM5 je. Pakai lima enam kali then pass kat adik.
Elak solekan
yang terlalu tebal. Jangan sesekali memakai bedak asas dengan banyak
sebaliknya sapu secara nipis dan kemas. Ia membuatkan kulit kelihatan
lebih natural dan solekan tidak bercapuk. Ni of course la kan kalau
pakai tebal tambah plak dengan minyak lepas tu peluh maka abis la muke
bercapuk..
Agar solekan tahan lama dan tidak pudar,
semburkan penyegar muka (spray mist). Ini membantu mengekalkan
kelembapan kulit dan membuatkan solekan kekal cantik. Setakat ni
saya pernah beli brand Daiso je. Brand lain belum pernah cube. Spray
mist ni juga dipanggil setting spray. Ye ke? Sila betulkan kalau tak
betul.. Untuk face mist brand Daiso ni memang tak sesuai dengan muke saya sebab lepas saya pakai tu naik jerawat..Grrr.. Apa brand yang best untuk spray mist atau setting spray? Cer bagitau wahai Malaysian Beauty Blogger.
Baru ada masa nak publish.. Banyak lagi yang pending dalam draft. Minggu ni saya update entri First Impression Review DERMAVIB.
0 Comment for "Cara Untuk Elakkan Muka Berpeluh "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)