Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi Gulai Masam Ikan Sungai

Resepi Ikan Sungai | Resepi Mudah | Resepi Gulai Masam | Masak Ikan Patin | Resepi Masak Ikan Patin


Assalamualaikum


Hampir 15 tahun saya tak makan Gulai masam ni akhirnya dapat jugak makan. #tbtentry . Sebenarnya dah publish kat blog lain dan kali ni up kat blog nanieydotcom pula.  Alhamdulillah.. Puas hati sangat. Di sebabkan tak de ikan terubuk, guna la ikan patin. Kalau duk Ulu Tembeling macam-macam ikan ada. Sedapnya! Rindu Pahang..



Gulai masam masakan paling mudah nak buat tapi disebabkan lame tak masak saya whatsapp member mintak resepi. Terima kasih Ba dan Fiza.. Sebelum saya lupe, saya simpan resepi kat sini. Senang nak buat nanti check resepi dalam blog sendiri. Lol.. Ternyata resepi ni sangatlah mudah. Cume belimbing buluh sangat susah nak dapat. Grrr


Bahan-bahan
  • Belimbing buluh (wajib dalam 20-30 biji- belah 4)
  • Ikan sungai (ikan laut pun ok kot, tapi sungai lagi best)
  • Lada kampung 6 biji tumbuk dengan garam secukup rase
  • Kunyit serbuk
  • Air secukupnya

Cara-cara
  1. Tumbuk lada dan garam, kemudiab campurkan dengan serbuk kunyit
  2. Air + bahan yang ditumbuk + belimbing masak sampai mendidih.
  3. Kemudian masukkan ikan sampai masak.
  4. Siap!




Masakan ni rasenya masam-masam pedas. Memang sedap. Bagi saya la. Terliur tengok dorang ni duk post masakan Ulu Tembeling. Nak asam rong pulak!  Apapun syukur Alhamdulillah. Lepas hajat nak makan..


1 Comment for "Resepi Gulai Masam Ikan Sungai "

heemm... terliur pulak tengok nye... hehehe..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top