Pakaian Dinner Wanita Bertudung | Tips Untuk Wanita Bertudung |
Assalamualaikum
Hampir
tak sedar 2015 semakin hampir ke penghujungnya dan biasanya syarikat-syarikat
akan mengadakan majlis annual dinner atau makan malam tahunan sebagai tanda
penghargaan para pekerja. Kalau sebut sahaja mengenai annual dinner, pastinya
terlintas di fikiran kita mengenai tema-tema yang glamour yang sering dipilih
untuk memeriahkan majlis tersebut. Pekerja lelaki biasanya akan hadir dengan
pakaian yang segak seperti suit dan pekerja wanita pula tampil bergaya dengan
koleksi dress malam atau evening dress yang cukup memukau. Bagi wanita yang
bertudung pula, jangan risau jika anda tidak mempunyai sebarang idea mengenai pakaian dinner wanita bertudung yang sesuai dipakai pada malam tersebut dan
baca entri ini sehingga habis
Pilihan pertama adalah koleksi jubah
moden yang cukup menawan seperti gambar berikut. Koleksi jubah terkini boleh
anda temui dalam pelbagai rekaan yang menarik dan pastinya menyerlahkan lagi
penampilan anda.
Pilihan kedua pula adalah koleksi
dress Muslimah yang juga anda boleh temui dalam pelbagai rekaan terkini.
Pemakaian dress muslimah seperti ini akan membuatkan penampilan anda kelihatan
cukup elegan.
Pilihan yang ketiga juga merupakan
alternatif yang ideal iaitu koleksi kaftan labuh. Potongan kaftan yang beralun
atau ‘flowy’ menjadikan penampilan anda lebih feminine.
Dan jenis pakaian yang seterusnya
adalah padanan blouse Muslimah dan skirt maxi potongan mermaid seperti berikut.
Kadangkala, less is more bukan?
1 Comment for "Pakaian Dinner Wanita Bertudung "
Semua cntik2..
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)