Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tips Menjaga Kaktus Dengan Mudah

Kaktus Murah | Cara Menjaga Kaktus | Tips Menjaga Kaktus | Tips Menanam Kaktus | Kaktus Murah Malaysia | DIY Terrarium | Kaktus dan Sukulen


Assalamualaikum 

Mentang-mentang baru beli kaktus Sabtu lepas buat entri cara jaga kaktus. Lol.. Sebab bukan semua orang yang beli kaktus ni pandai jaga kaktus. Oleh itu, saya perlu mengambil tahu cara nak jaga kaktus. Sebab kaktus saya beli saya letak kat atas CPU di meja keje saya. Sejuk mata memandang tengok kaktus. Rase macam nak menambah je lagi 3 unit next week..

Kaktus ni saya beli minggu lepas di Amcorp Mall. Sabtu Ahad ada flea market so time ni je la dapat pergi beli kaktus dan tempat yang paling mudah untuk saya pergi. Nak pergi nursery banyak kali postponed sebab kekangan masa. Kena keluar dengan Lurviey baru la dapat pergi nursery. 3 jenis ni saya beli dengan harga RM10. Murah kan? Dah memang murah dah tu.


Settle beli kaktus, malam tu ajak Lurviey masuk Daiso. Target utama nak beli Everbilena Eyeliner sebab dah habis. Kemudian pusing-pusing dalam Daiso nampak la bekas kaca comey ni. Rasenya ni bekas orang letak sushi atau pun chopstick, sudu dan garfu. Saya beli bekas ni nak jadikan tapak atau bekas letak kaktus.  


Tips Menjaga Kaktus

“Menjaga kaktus tidak rumit kerana ia mudah menyesuaikan diri dengan cuaca. Cuma jangan alih-alih tempat untuknya, sekejap di tempat panas dan sekejap di tempat redup kerana ia akan mati. - Bee Keong

“Jangan sesekali terus menanam kaktus terus ke dalam pasu yang besar kerana ia tidak akan membesar sebaliknya akar kaktus sahaja akan berselirat memenuhi pasu.

“Kaktus ini pokok yang paling senang dijaga dan ia sangat sesuai untuk mereka yang malas kerana kaktus perlu disiram seminggu sekali atau sebulan sekali sahaja. Yang penting ia akan tetap akan hidup. Jika disiram hari-hari, cukup tiga hari ia akan mati,” katanya yang mendapat bekalan kaktus dari Belanda, Korea, Mexico, Amerika Syarikat dan Thailand.

Jelasnya, campuran tanah untuk kaktus ialah 50 peratus tanah dan 50 peratus pasir dan apabila disiram ia perlu disiram sehingga ‘banjir’ supaya air meresap ke dalam tanah agar kaktus dapat hidup lama.

Mudah kan? Emm berapa lame agaknya kaktus saya akan bertahan ye? 

Tahukah kalian bahawa BUAH NAGA MERUPAKAN SPESIS KAKTUS YANG MENGELUARKAN BUAH . Baca khasiat buah naga kat [SINI] .


Tag : gardening
3 Comment for "Tips Menjaga Kaktus Dengan Mudah "

patut la kaktus kat rumah aku mati...ghupe nye tak boleh siram hari2..'alahaiii

Yelah...kaktus sya pun mcm hidup segan mati tk mau je..slh pnjagaan rupanya..thanks 4 sharing

Yelah...kaktus sya pun mcm hidup segan mati tk mau je..slh pnjagaan rupanya..thanks 4 sharing

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top