Bahaya Dan Simptom Strok Haba | Penyebab Strok Haba | Tanda- Tanda Strok Haba | Cara Mencegah Strok Haba | Kematian Melibatkan Strok Haba
Assalamualaikum
Panas semacam je daripada malam semalam hinggalah pagi tadi. Alhamdulillah pagi tadi hujan di bumi Pantai Baru ni. Sejuk la sekejap. Pasang kipas kuat, mandi kerap pun masih panas. Mandi macam tak mandi rasenya. Nak keluar buat keje or groceries shopping pun kena keluar pagi dan balik sebelum pukul 11 pagi. Sedikit infomasi untuk dikongsi mengenai strok haba. Ada yang dah meninggal disebabkan strok haba kan?
Strok haba atau heat stroke adalah sejenis penyakit yang
berkaitan dengan haba. Ia adalah kategori yang paling serius. Penyakit
ini dianggap satu kecemasan kerana boleh mengancam nyawa disebabkan
kegagalan mekanisme peraturan suhu badan (thermoregulation).
Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.
Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.
Ciri utama strok haba ialah ketinggian melampau suhu badan (hipertemia) dan berkaitan rapat dengan kegagalan sistem termorgulasi saraf dan organ dimana kebiasannya, proses berpeluh dan penyejatan peluh memudahkan penyejukan badan.
Pada suhu ekstrem yang melebihi 90 ° F (32.2 ° C), jumlah haba yang dihasilkan melebihi kesan penyejukan penyejatan peluh. Kelembapan persekitaraan yang mencapai 100 peratus menyusahkan penyejatan peluh dan badan kehilangan keupayaan untuk menghilangkan haba.
Akhirnya suhu badan meningkat, membawa kepada penyahhidratan yang
teruk, bengkak tisu otak, tekanan darah rendah, kerosakan organ, dan
mungkin kematian.
Simptom-simptom STROK HABA adalah seperti sakit kepala
berdenyut, mual, denyutan nadi pantas, kurang berpeluh dalam cuaca
panas, otot lemah, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan, dan mudah
pitam.
Pencegahan yang boleh dibuat
Perkara yang paling penting untuk mencegah strok haba ialah mengelakkan
diri dari kurang air atau dehidrasi. Elakkan aktiviti fizikal yang
lasak ketika cuaca panas dan lembap.
Sekiranya anda terpaksa melakukan aktiviti luar di cuaca panas,
pastikan anda minum banyak air dan minuman isotonik untuk mengekalkan
tahap hidrasi. Jauhkan dari minuman keras atau minuman berkafein seperti
kopi atau teh kerana minuman-minuman tersebut boleh menyebabkan
kekurangan air.
Info:- Badan anda memerlukan tambahan elektrolit seperti sodium dan cecair sekiranya anda telah berpeluh dengan banyak di cuaca panas.
Berehat secara kerap untuk memastikan anda dapat menambah cecair badan dengan air ksoong dan pengambilan minuman isotonik.
Walaupun kedengaran remeh, tetapi anda disarankan untuk memakai topi,
pakaian yang longgar, dan berwarna cerah untuk menyejukkan badan.
Ingat! Jangan sekali-kali anda tinggalkan anak atau haiwan di dalam kereta yang berkunci di cuaca yang panas.
0 Comment for "Bahaya Dan Simptom Strok Haba "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)