Cara Elakkan Perut Buncit | Tips Elakkan Perut Buncit | Cara Hilangkan Perut Buncit | Masalah Perut Buncit | Senaman Untuk Hilangkan Perut Buncit
Assalamualaikum
Perut buncit? Fuhhh. Sesak nafas rase bile tengok perut buncit. Kat bawah ni tips untuk elakkan dari perut buncit. Nak lagi cun buat abs workout!
Makan perlahan-lahan
Jangan makan gelojoh, kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara
tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan
penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah secara
perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian
kecil yang tidak dapat dicerna dengan sempurna yang menyebabkan perut
buncit.
Minum Banyak Air
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat
mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan
mencairkan konsentrasi sodium/garam dalam tubuh sehingga meningkatkan
jumlah air yang dikeluarkan dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air
juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.
Jangan kurangkan pengambilan air ketika berdiet, kerana banyak bahan
yang sukar dicernakan dan akan menyebabkan perut menggelembung.
Kurangkan Pengambilan Garam
Terlalu banyak garam dalam diet menambah lebih sodium terhadap cairan
tubuh yang memperlambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari
sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.
Pengambilan Serat
Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi
penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam
buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.
Awasi Ubat-Ubatan
Perut yang mengembang adalah kesan sampingan dari pengambilan ubat.
Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan
sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.
Hindari Sembelit
Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali
buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya
perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan
pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara
berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang
berlebihan.
Bersenam
Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut
yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari
jaringan dan masuk ke aliran darah yang mana akan dikeluarkan sebagai
peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai urin. Senaman
yang disarankan seperti aerobik
Nak perut cun selalulah buat abs workout dan boleh juga amalkan jamu kunyit!
Kredit: Nur
0 Comment for "Cara Elakkan Perut Buncit "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)