Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Manfaat Bersauna Dari Sudut Kesihatan Dan Kecantikan

Manfaat Bersauna Dari Sudut Kesihatan | Mandi Peluh Untuk Kecantikan | Kebaikan Bersauna | Portable Sauna Room Murah | Tips Bersauna



Assalamualaikum

Bersauna seakan menjadi trend masa kini. Silapnya apabila sauna dikaitkan dengan penurunan berat badan. Kebanyakan wanita individu mencari cara yang paling mudah untuk turunkan berat badan.

Teringat satu pertanyaan yang diajukan kepada saya 'ada tak produk yang tak perlu diet, tak perlu exercise, tak perlu nak kena pantang makan itu ini tapi boleh buat saya jadi kurus?' TAK DE. Pandangan saya sendiri mengenai masalah nak turunkan berat badan ni perlu melibatkan diet dan exercise. Ramai yang salah anggap dengan perkataan diet. Diet = Ikat Perut! Exercise kena keluar jogging, pergi gym. Padahal terdapat banyak jenis indoor workout yang kalian boleh buat. #nogymnoproblem

Antara Kebaikan Bersauna atau Mandi Peluh

  1. Mengurangkan stres – stress boleh menyebabkan kesihatan fizikal merosot. Malah ada banyak penyakit yang bersangkut-paut dengan stres. Haba dari sauna mengurangkan ketegangan otot dan merangsang penghasilan endorfin, satu kimia semulajadi yang dihasilkan dalam otak yang bertindak sebagai penahan sakit. Endorfin ini akan menjadikan seseorang itu merasa lega dan tenang.
  2. Melegakan otot – Penghasilan endorfin semasa sauna dapat melegakan kesakitan yang dialami oleh pengidap artritis serta mereka yang mengalami ketegangan otot selepas bersenam. Kenaikan suhu badan dalam sauna menyebabkan saluran darah mengembang. Hasilnya, peredaran darah akan meningkat dan ini akan membantu proses penyembuhan semulajadi badan.
  3. Kulit yang sihat dan berseri – sewaktu melakukan sauna, aliran darah ke kulit akan meningkat dan ini akan menyediakan lebih banyak nutrien di bawah kulit dan permukaan tisu. Hasilnya, kualiti kulit akan bertambah baik secara beransur-ansur.
  4. Detoksifikasi – haba yang dijana oleh badan sewaktu bersauna dapat menyingkirkan toksik yang berada di bawah kulit melalui peluh. Setiap hari kita terdedah kepada toksin samada dalam makanan atau persekitaran kita. Sauna dapat membantu badan kita mengdetoksifikasikan toksin tersebut.
  5. Hipertermia – apabila badan terdedah kepada haba yang tinggi, badan akan berada dalam keadaan seakan-akan sedang demam. Keadaan “demam” ini akan merangsang proses penyembuhan semulajadi badan. Hasilnya, sistem imunisasi badan akan menghasilkan lebih banyak sel darah putih yang berfungsi melawan penyakit dan antibodi untuk menghapuskan virus dan patogen-patogen lain.
  6. Membakar kalori – Proses berpeluh mengunakan banyak tenaga. Tenaga ini diperolehi daripada penukaran lemak dan karbohidrat sewaktu proses pembakaran kalori. Penyelidikan perubatan mendapati seseorang itu boleh dengan mudahnya berpeluh sebanyak 500 gram dalam dalam satu sesi sauna, membakar hampir 300-400 kalori.
  7.  Meningkatkan metabolisme - Sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini tubuh dapat membakar kalori lebih banyak.

Perbandingan Mandi Peluh dengan Sauna dengan aktiviti bersukan yang lain
  • Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori
  • Aerobics selama 30 minit membakar 40 kalori
  • Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori
  • Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
  • Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori

Tips Bersauna
  • Lakukan sauna selama 15-20 minit satu sesi
  • Memadailah 3 kali seminggu bersauna. 
  • Minum air secukupnya sebelum dan selepas bersauna.
  • Bersauna dalam keadaan kenyang atau selepas makan tidak digalakkan kerana badan memerlukan tenaga untuk sistem penghadaman. 

Anda boleh bersauna di rumah dengan Set Portable Sauna Room. Hanya dengan RM360 FREE POSTAGE anda boleh bersauna di rumah bila-bila masa sahaja. Nak lagi best anda boleh letakkan herba di dalam periuk sauna. Herba mandian boleh dibeli di kedai jamu.



Whatsapp 0179656087 


Sumber: Kevin Zahri & mdpekan


0 Comment for "Manfaat Bersauna Dari Sudut Kesihatan Dan Kecantikan "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top