Review Cozuma Mattifying Lipstick | Cozuma Mattfying Lipstick | Review Produk Lipstick | Harga Cozuma Lipstick
Assalamualaikum
Hello good people... Sabtu sudah.. Cuaca tak panas tapi bahang tetap terasa. Jangan lupe minum air banyak-banyak. Jangan terlebih air sudah sebab bahaya jugak kalau minum terlalu banyak air. Sementara nak tunggu keluar makan up satu entri dulu. Banyak entri yang pending. Kali ni nak review Cozuma Mattifying Lipstick ni.
Saya bukan lipstick person and prefer lip gloss & lip balm. Sebab tak suke dengan tekstur lipstick yang buat saya rasa tak selesa bile pakai. Saya pernah beli Silky Girl & MN Kiss Proof. Dua-dua tak best. Kiss proof tu sekarang saya buat lipliner je. Lol.. Bobbi Brown yang mak cik bagi kat saya memang best tapi masa zaman Uni dulu..
Cozuma Lipstick ni pun mama yang bagi sebab mama cakap tak suke pakai. Pakai sekali je lepas tu terperuk macam tu je. Cozuma Mattifying Lipstick ni diperkaya dengan ekstrak buah betik dan collagen yang memberikan kemasan satin, melembapkan bibir dan memberi perlindungan pada bibir.
Review
- Tekstur yang tidak kering walaupun matte. Selesa untuk di pakai dan ringan.
- Harga tak mahal tak murah RM35-RM40. Mama beli dengan harga RM40
- Tak banyak pilihan warna.Sebab warna nak seakan sama (bagi saya la kan)
- Bukan food proof or kiss proof. Jadi lepas makan kena pakai balik.
- Mudah nak cuci tak macam MN Kiss Proof.
Repurchase? Maybe
Biasanya saya akan pakai lipgloss if pakai lipstick. Lebih shining and yang penting tak kering. Got to go. Lurviey dah call. Have a great day everyone!
Tag :
review produk
0 Comment for "Review Cozuma Mattifying Lipstick "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)