Review Ever Bilena Liquid Foundation | Ever Bilena Cosmetic | Liquid Foundation Ever Bilena | Ever Bilena Cosmetic | Daiso Cosmetic
Assalamualaikum
Merajinkan diri dan paksa diri update pending review yang dah berabuk dalam draft. Selamat bercuti bagi yang bercuti hari ini. Rest puas-puas sebab esok nak kena keje. Teringat zaman keje. Kalau cuti hari Isnin, hari Selasa pergi keje rase bersemangat sebab dah dekat dengan hari Jumaat. Ok entri kali ni nak share Liquid Foundation Everbilena dari Daiso. Saje beli sebab nak pakai time keluar sekejap je.
Produk Everbilena yang pernah saya cuba sebelum ni Liquid Eyeliner. Memang puas hati. Macam pakai In2it Liquid Eyeliner. Jadi sekarang saya hanya gune applicator In2it tu je sebab kalau nak guna applicator Everbilena tu tak smooth je saya rasa. Lol..
Review
- Harga murah RM5.30
- Kurang sesuai untuk anda yang kulit berminyak.
- Tak sesuai untuk yang ada masalah jerawat, parut sebab very light coverage.
- Agak sukar untuk apply and blend very well kat muka. Amik masa yang lame nak touch up sedangkan beli foundation ni just untuk quick touch up. Almost macam In2it Sheer Natural Gel Foundation
- Boleh menyebabkan cakey if apply too much.
Repurchase? No!
Bukan semua item kat Daiso worth to buy. Biasanya yang selalu saya beli kat Daiso earphones, usb cable, lip gloss dan Everbilena Liquid Eyeliner. Jumpa lagi next entri!
0 Comment for "Review Ever Bilena Liquid Foundation "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)