Khasiat Air Nabeez | Resepi Air Nabeez | Larangan Air Nabeez | Infused Water Dengan Kurma | Tips Ramadhan
Assalamualaikum
Air Nabeez merupakan air kegemaran Rasulullah SAW dan teringin juga nak mencuba air Nabeez sambil minum tu nak tahu juga khasiatnya. Penyediaan air Nabeez sangatlah mudah dengan hanya merendamkan kurma atau kismis dalam air.
Khasiat Air Nabeez
Air Nabeez bersifat alkali yang berkecenderungan untuk membuang asid dalam perut dan sistem penghadaman serta membantu menyingkirkan bahan buangan badan lain daripada badan.
- Ia juga memperbaiki sistem pencernaan kerana ia kaya dengan fiber dan juga dapat menguatkan memori.
- Selain itu juga, air Nabeez membantu fungsi limpa, hati, tekak, dada dan prostat (bagus untuk lelaki)
- Air Nabeez juga memberi manfaat kepada pesakit Artritis atau Gout.
- Rendamkan kurma atau kismis dalam air dan biarkan semalaman.
- Tutup bekas air Nabeez kurma atau Nabeez kismis.
- Boleh diminum dalam masa 12 jam dan sekiranya tidak habis simpan dalam bekas air yang ditutup rapat dan masukkan ke dalam peti.
Pantang Larang
- Jangan minum selepas 2 atau 3 hari kerana ianya mulai masam, di mana proses pembuatan arak/bir berlaku. Ini adalah haram untuk di minum.
- Jangan campurkan kismis dan kurma bersama. Buat asing-asing.
Tujuan merendamkan kurma atau kismis di dalam air adalah untuk memaniskan air dan kurma atau kismis menjadi lembut. Kurma atau kismis yang lembut akan mengeluarkan vitamin dan mineral dengan mudah dan ini akan melancarkan penghadaman. Semalam saya dah cube.. Sedap.. Boleh buat lagi nanti.
Tag :
khasiat
0 Comment for "Khasiat Air Nabeez"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)