Resepi Kepah Masak Sambal | Menu Masakan Kepah | Goreng Pedas Kepah | Cara Masak Sambal Kepah | Masakan Laut Mudah | Resepi Mudah Dan Sedap
Assalamualaikum
Kali ni saya nak share resepi Kepah Masak Sambal. Selalunya kepah saya masak lemak cili api. Sekali beli 3 kilo atau 5 kilo. Memang meratah la lepas buka puasa. Kepah RM5 sekilo. Puas hati. Kat KL saya tengok kat Aeon Big RM9 sekilo. Hari tu Lurviey request nak kepah. Kat kepala pop up masak sambal, sebab nak masak lemak nak bawak balik KL dari Kelantan takut basi pulak. Maaf sebab entri kali ni tiada video.
Bahan-Bahan
- Kepah 1 kilo
- Bawang mesin (merah + putih) 2 sudu
- Lada kering mesin 3 sudu
- Serai dititik 1
- Garam & gula secukup rase
- Sedikit air asam jawa
Cara-Caranya
- Tumis bawang dan lada kering hingga pecah minyak
- Kemudian masukkan garam dan gula secukup rase serta serai
- Masukkan kepah dan air asam jawa dan biarkan hingga kepah terbuka
- Biarkan hingga kepah masak dan siap!
Mudah je kan. Sampai KL saya excited lebih nak bagi Lurviey rase kepah ni waktu berbuka. Alhamdulillah kata Lurviey sedap. Puas hati tengok he makan sampai habis. So, next time boleh bawak lagi memandangkan kat KL ni agak mahal harganye.
Tag :
resepi
0 Comment for "Resepi Kepah Masak Sambal Mudah "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)