Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Tukar Steering Rack Murah KL

Tukar Steering Rack Murah | Harga Steering Rack Murah | Steering Rack Rosak | Bengkel Servis Kereta Murah Di Sentul | Buat Alignment Kereta Murah


Assalamualaikum 

Dah servis kereta nak balik kampung. Kalau belum servis boleh la servis cepat-cepat sebelum gerak balik kampung. Dah lame tak buat entri mengenai servis kereta. Sebenarnya penting entri servis kereta ni as record untuk trace bile kereta last servis. Selasa kelmarin teman Lurviey tukar steering rack. Dah lame nak pergi tapi tak pergi sebab kurang rajin nak menempuh kesesakan area Sentul tu. 

Agak lame juga menunggu nak tukar stereng rack ni. Nasib baik ada tempat duduk dan juga kipas. Kebetulan masa keluar servis kereta, cuaca panas terik. Memang dugaan betul la menahan dahaga. Bengkel tempat servis ni bengkel cina. Memang Lurviey selalu pergi servis kat sini sebab murah dan puas hati. Tak macam tempat lain yang agak cekik darah. 

Total untuk betulkan steering rack RM200 sahaja termasuk upah. Lepas tu kena pergi buat alignment pulak. Alignment kena pergi tempat lain. Masa baru tukar steering rack ni, steering dalam keadaan 180 darjah. Lol.. Kena bawak berhati-hati dari Sentul ke Batu Caves. Sampai kat bengkel kereta, kebetulan tak de kereta so tak de la menunggu lama. Tak sampai setengah jam pun. Total buat alignment? RM25.60 sahaja! Murahnye.. Sebelum pergi buat alignment ni Luviey cakap around RM40 macam tu. Total duit abis untuk betulkan kereta RM225.60.



1 Comment for "Tukar Steering Rack Murah KL"

Adehhh camne tu nak drive dgn keadaan steering keta 180'.. memang mencabar.. hihi..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top