Bayar Fidyah di Aman Palestin | Cara Bayar Fidyah | Perkiraan Fidyah | Siapa Yang Perlu Bayar Fidyah | Fidyah Wajib Dibayar
Assalamualaikum ..
Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya bulan Ramadhan tahun berikutnya.
Hukum membayar fidyah adalah WAJIB. Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.
Siapa Yang Perlu Membayar Fidyah?
- Orang Yang Uzur - yang sakit dan tiada harapan untuk sembuh atau golongan tua yang tidak mampu untuk berpuasa.
- Perempuan yang hamil - Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
- Perempuan yang menyusukan anak - Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
- Orang yang meninggal dunia - Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
- Orang yang lambat menggantikan puasa - Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Anda perlu membayar Fidyah?Anda kini boleh membayar Fidyah di Aman Palestin. Hanya tekan link di bawah dan anda akan dibawa ke ruang pembayaran. Mudah kan? Moga ada manfaat! billplz.com/fidyah
0 Comment for "Bayar Fidyah Di Aman Palestin "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)