Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik, cuti dah nak habis. Masih ingat entri jawline breakout saya tahun lepas? Penyebab jawline breakout disebabkan masalah gigi dan gusi. Last year pergi Klinik Dr Maziah nak cabut gigi geraham tapi katanya gigi saya terlalu kuat and she said biar gigi tu reput sendiri. What?!!!! If nak cabut jugak nak kena bedah tulang apa ntah. Saya tak ingat dah. Tapi the way she talk buat saya rase seriau. Tetiba teringat movie The Dentist.
Semalam pepagi lagi dah keluar ke Klinik Dr Tazilli nak cabut gigi. Kena pergi awal sebab selalu ramai orang. Bile dah sampai awal, klinik masih tutup then tengok notis buka pukul 9.30 dan rawatan start pukul 10. Sementara tunggu klinik buka pergi pejabat pos dulu untuk pos barang.
Settle pos barang pergi semula kat klinik. Alhamdulillah saya orang kedua. Orang belum sampai lagi. Register dulu then tunggu turn. Mula-mula panggil untuk bius. Then kena keluar tunggu dulu.. Then kali kedua panggil Doc cucuk sikit then siap-siap untuk dicabut. Saya risau sebab gigi tak goyang, takut ler doc tak dapat cabut. Adehh.. Tak sampai dua minit, eh dah siap. 'dah siap?' Memang kejap dan tak sakit.. Then mintak dengan doc kapas lebih sikit sebab nak jalan-jalan cari barang baru balik.
Pergi kaunter bayar RM50 dan dapat ubat surut bengkak dan pil tahan sakit. Dua-dua ubat tu saya tak makan sebab tak sakit dan tak bengkak. Alhamdulillah. Adik saya cabut sebelum puasa hari tu, bengkak.
Alhamdulillah selepas setahun baru dapat cabut gigi. Last year time cuti raya pergi klinik nak cabut tak dapat cabut pun. Kecewa betul. Tahun ni balik terus pergi cabut kat klinik lain sebab area jawline tu jerawat surut naik.
Settle cabut gigi pusing bandar beli barang dengan adik. Kewajipan setiap kali balik kampung semestinya maggi tomyam atas pasar. Cume kali ni kurang best sebab sayur tak de macam dulu-dulu. Tapi kuah still sedap. Alhamdulillah.
Tag :
Klinik Gigi Dr Tazilli,
personal
0 Comment for "Penantian Setahun Berakhir "
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)