Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Resepi Kerapu Tiga Rasa Mudah

Resepi Kerapu Tiga Rasa Mudah | Resepi Ikan Mudah | Masak Sweet Sour Mudah | Resepi Mudah Dan Sedap | Resepi Ikan Kerapu



Assalamualaikum


Pending entri yang diperam lepas raya puasa hari tu. Baru nak update untuk rujukan hari mendatang. Hee.. Alhamdulillah fresh kerapu hasil mengail di pagi hari. Arghhh tak sabar nak balik masak-masak.



Bahan-Bahan
  • Ikan kerapu
  • Bawang besar 3 labu (dihiris)
  • Bawang putih 5 ulas (ketuk)
  • Tomato 4 biji (potong dadu)
  • Lada Jarum 8 biji (dihiris
  • Lada Besar 3 biji (dihiris)
  • Sedikit Halia (dihiris)
  • Tepung jagung, kunyit, garam (secukupnya)
  • Sos tomato, Sos Cili, Sos Tiram
  • Gula (secukupnya) 
  • Sedikit air
  • Cili kering kisar 3 sudu

 

Cara-Caranya ( Boleh tengok video kat atas ni)
  1. Lumurkan tepung jagung, kunyit, & garam pada ikan kemudian goreng dan asingkan
  2. Panaskan minyak dan tumiskan cili kering kisar dan masukkan bawang besar, bawang putih, halia, lada yang dihiris tadi.
  3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram secukup rasa (pandai-pandai agak dan rase). Masukkan sedikit air jika perlu.
  4. Tambahkan sedikit garam dan gula rasa serta tomato yang telah dipotong dadu.
  5. Siap! Dah boleh letak sos/kuah ni atas ikan yang siap digoreng tadi!.

Sedap ke tak? Mestilah sedap. Makan sampai menambah nasi. Lagi sedap dapat makan ikan fresh! Alhamdulillah. Selamat mencuba.

 
 
Tag : resepi
0 Comment for "Resepi Kerapu Tiga Rasa Mudah "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top