Assalamualaikum
Cara Hilangkan Penat Dengan Mudah | Penat kerja seharian menghadap pc, dokumen belum lagi kena tegur dengan bos. Bukan penat mental je tapi fizikal pun penat. Alahai.. Penat tak penat still kena hadap jugak nak hidup. So macam mana nak segarkan badan yang kepenatan? Baca tips kat bawah ni.
- Workout - Balik rumah, amik masa sikit untuk workout walaupun sekejap #nogymnoproblem . Kemas rumah pun boleh. Bile workout ni oksigen dapat disalurkan ke otak dan menjadikan badan cergas seperti biasa bila badan keluarkan peluh. Muda.
- Minum Teh Hijau - Teh hijau ni boleh berikan kesegaran pada tubuh badan dan minda sebab ianya kaya dengan antioksida serta boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Try la!
- Mandi Air Panas - Bagusnya bagi korang yang ada sistem pemanas air mandian kat rumah. Bagi yang tak de boleh guna cara tradisional, masak air panas terlebih dahulu dan kemudian campur dengan air yang bersuhu normal (bagi suam) dan kemudian dah boleh mandi. Ianya bagus membantu melegakan badan yang penat dan juga melancarkan peredaran darah dalam badan.
- Minum Air Limau - Minum air limau sebelum tidur atau boleh gune lemon. Ia dapat membantu menangani penat badan agar bila bangun esok pagi badan segar dan cergas.
- Mengurut - Mengurut pun boleh segarkan badan dan melancarkan peredaran darah. Tapi kalau kerap berurut ianya tidak elok pada badan.
Yang selalu aku buat bile badan penat dan memang betul-betul berkesan ialah workout! Buatlah zumba, aerobik, resistance band workout memang badan rase segar sangat! Minum air limau pun boleh menyegarkan badan. Kalau mengurut tu biasanya guna mesin urut yang masukkan duit tu je. Hehe. Kadang-kadang je guna tapi memang badan rase sedap je lepas mengurut.
Selamat mencuba! Bertabahlah bagi korang yang penat nak mengadap rutin harian yang memenatkan. Kalau ada plan nak berhenti kerja atau tukar kerja think twice dan plan elok-elok! Till then see you next entry
4 Comment for "Cara Hilangkan Penat Dengan Mudah "
betul tu.. penat ni kalau dpt qado tidur best! hehehe
workout tu dapat pakej menyihatkan badan sekali :)
Tq share tips
Nak amalkan yang no 4 tu lah.. kebetulan memang ada stok lemon kat rumah.. tq share..
No 5 tu bestnyaaaa :)
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)