Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

DIY Cara Buat Skrub Kopi Mudah

DIY Scrub Kopi | Cara Buat Skrub Kopi Mudah | Kebaikan Skrub Kopi | Kopi Untuk Buat Skrub Kopi | Skrub Kopi Untuk Jerawat


Assalamualaikum
Dah lame tak DIY dan kali ni nak kongsikan skrub kopi pulak. Actually skrub kopi ni memang famous dan lagi tengah trend sana sini orang jual. Sebelum ni kalau skrub habis saya prefer guna teh untuk skrub muka tapi disebabkan teh tak de jadi nak try buat sendiri skrub kopi. Banyak manfaat skrub kopi ni. Oh ye, untuk skrub saya tak pernah tukar dari 2007 sampai sekarang saya gune skrub St Ives.

Sekarang citer pasal skrub kopi ni yang bagus bukan boleh pakai kat muka je tapi pakai kat badan jugak. Fuhh memang jimat duit buat sendiri. Modal tak sampai RM7.

Bahan Untuk Skrub Kopi
  • Serbuk Kopi (bukan instant kopi/nescafe etc) -2 sudu besar
  • Brown Sugar - 4-5 sudu besar
  • Air/Olive Oil/Coconut Oil (saya guna air je sebab tak de Olive Oil) - secukup



Cara-caranya 
  • Campur semua bahan di atas secukup rasa. Agak-agak dah nampak bentuk skrub dah OK dah! 

Apa yang best tentang skrub kopi ni adalah 

  • Menghaluskan kulit
  • Mencegah pembentukan jerawat
  • Mencegah dan mengurangkan kedutan di kulit
  • Menghilangkan sel kulit mati
  • Menghilangkan bau badan
  • Menghilangkan selulit 
  • Melembap kulit 
  • Memberikan nutrisi pada kulit
  • Mencerahkan celah-celah yang hitam
Boleh la cube buat sendiri. Memang superb kesan die! Jimat dan mudah. Selamat mencuba.


1 Comment for "DIY Cara Buat Skrub Kopi Mudah "

Nanti nak cuba la..
Mudah dan murah je..
Kalau beli tu mhal..

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top