Preuzmite Rizik Da Budete Vi | Take The Risk Of Being YOU

Jangan Kawan Dengan Manusia Jenis Ni

Jangan Kawan Dengan Manusia Jenis Ni


Assalamualaikum 

Hello #madnessmonday. Semangat kerja di hari Isnin dan semoga hari ni lebih produktif dan jauhkan diri daripada manusia kat bawah ni!


  1. Si Busuk Hati - Hati-hati dalam memilih rakan sekerja. Ada dalam kalangan mereka yang busuk hati. Suka menjatuhkan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Mereka yang busuk hati ini, sanggup  melakukan apa sahaja untuk mendapatkan sesuatu. Jika kamu ada dengar khabar angin tentang seseorang yang dikatakan hati busuk, kamu perhatikan tingkah lakunya dahulu sebelum mengiakan apa yang dikata orang. Boleh jadi ia cuma buah mulut atau mungkin juga benar. Zaman sekarang ni bile dah busuk hati, dengki mula la macam-macam di buat asal puas hati. Lagi bahaya kalau yang main dukun bomoh ni. Huh! 
  2. Kaki Kipas - Ini lagi satu jenis orang yang memang akan sentiasa wujud dalam sesebuah syarikat. Mana sahaja kamu pergi pasti akan terjumpa dengan orang yang kaki kipas. Golongan ini seeloknya kamu jauhi sebab nanti kamu akan mendapat tempiasnya juga. Saya paling tak suka manusia kaki kipas ni dah juga manusia yang suke kena kipas ni pun apa kebodoh sangat sampai termakan angin si kaki kipas ni. Grr
  3. Peminjam Duit Tak Ganti - Kadang-kadang ada antara rakan sekerja yang mempunya masalah kewangan maka mereka mungkin akan datang kepada kamu untuk pertolongan. Hati-hati dalam memberikan pinjaman wang. Jika orang itu mempunyai sejarah pinjam duit tapi tak pernah ganti, elok kamu bersedia dengan alasan untuk mengelak. Bile orang dah bagi pinjam duit tu reti bahasa dan bertanggungjawab la sikit nak bayar balik. Jangan dah pinjam terus diam. Tak kan la nak tunggu orang mintak baru nak bayar. Pasal duit pun boleh jadi gaduh. Emmm.
  4. Pemalas & Kuat Ponteng - Selain dari untuk mendapatkan gaji bulanan buat menyara kehidupan seharian kamu, kerja itu merupakan satu ibadah juga bagi umat Islam. Jauhi diri kamu dari mereka yang pemalas dan kuat ponteng kerja supaya kamu tidak terpengaruh dengan perangai negatif mereka. Kita bekerja perlulah jujur dan ikhlas supaya rezeki yang kamu terima itu mendapat berkat. Paling paling saya bosan nak deal dengan manusia pemalas ni. Selalu je tak de. Teringat dulu call, asal call je cakap pending pending pending. Manusia macam ni pecat je. Baru padan muka. Dah dapat keje tu keje la betul-betul. Dah orang gajikan buat elok-elok. Bazir je majikan bayar duit kat manusia macam ni dan baik cari manusia yang betul-betul nak kerja.
  5. Kaki Gosip - Golongan yang paling banyak dalam setiap syarikat, si kaki gosip! Aduh kerja berlambak, tapi dia sibuk pergi meja ke meja untuk bergosip! Hari ini dia gosip pasal orang lain, mana tahu esok lusa kamu pula yang jadi topiknya! Kaki gosip ni mulut longkang. Keje nak bergosip je setiap hari. Ntah apa penyakit pun tak tahu. Masalah lekatan mase peringkat perkembangan kot. Tak puas menyusu! Kalau tak bergosip tak lengkap kehidupan. Bile dah bergosip keje pun tak jalan. Manusia macam ni baik kena buang keje bagi kat orang lain tempat dorang ni. Baru tau! 

Jenis-jenis manusia macam ni sentiasa ada di sekeliling kita. Baik kat tempat kerja, kat tempat belajar, kat kawasan perumahan pasti ada. Adehh.. Semoga kite semua dijauhkan dari sikap manusia kat atas ni. Tak nak.. Tak nak.. Tak nak!! Biar orang kata saya ni tak reti bergaul dari bergaul dengan manusia macam tettt kat atas ni. Buang mase dan menambah dosa. Sekian..
0 Comment for "Jangan Kawan Dengan Manusia Jenis Ni "

Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan

Terima kasih tinggal komen kat sini. :)

Back To Top