Pengalaman Temuduga Kerja Dan Persediaan Sebelum Temuduga | Soalan Semasa Temuduga
Assalamualaikum
Bercerita pasal temuduga ni ada macam-macam cerita dan cerita pengalaman saya interview as counselor relates dengan transgender peeps, marketing exec untuk creates training modules, consultant etc) boleh baca di sini -> PENGALAMAN TEMUDUGA
Musim graduan mencari kerja. Semoga urusan temuduga kalian
dipermudahkan. Aamiin Ya Rabb. Kali ni saje nak 'mengenang kembali'
pengalaman job interview beberapa tahun lepas dan sedikit tips
persediaan sebelum temuduga. Hati kena kental bile nak cari keje ni, kena rajin usaha sebab bukan keje cari orang zaman sekarang tapi orang cari keje. Kalau zaman dulu-dulu, tunggu offer letter je sampai.
Lepas dah dapat panggilan temuduga apa kalian perlu buat?
- Buat research mengenai syarikat- Pastikan kalian buat semakan maklumat tentang calon majikan kalian. Apa background company tu, apa company tu buat. Macam mane kalian tahu mengenai company tu, so that majikan yakin nak hire kalian untuk bekerja.
- Bersiap lebih awal - Sediakan semua dokumen dengan lengkap (buat checklist). Berpakaian kemas dan sempurna bile nak pergi job interview. Kenali 'culture' company. Ada sesetengah company memang menitikberatkan physical appearance (fitness/fashion) jadi penampilan harus tip top. Gerak awal ke tempat temuduga (beberapa hari sebelum temuduga, boleh la pergi cari tengok lokasi tempat nak temuduga tu untuk mudahkan kalian rancang perjalanan hari temuduga nanti) Be punctual!
- Breakfast - Jangan pergi temuduga dengan perut kosong. Makan supaya kalian lebih bertenaga, peka dan fokus ketika sesi temuduga. Elakkan makanan yang boleh buat kalian mengantuk.
- Ready to sell yourself - Bukan jual diri yang negatif tapi jual kelebihan, kebolehan kalian semasa temuduga. Show em that kalian layak untuk jawatan tersebut. Make sure off telefon atau silent supaya tidak menganggu sesi temuduga itu nanti.
Berikut adalah 5 soalan yang biasa ditanya semasa temuduga: (sumber:panduan saya)
- Apakah kekuatan/kelebihan/kebolehan anda?
Contoh: guru ataupun admin memerlukan peraturan dan kaedah masing-masing, jadikan itu sebagai satu kekuatan anda. Bersedia dengan contoh-contoh yang konkrit. - Apakah Kelemahan Anda?
Sebaiknya adalah anda menjadi jujur dan menyatakan kelemahan anda, dan sebagai tambahan strategi anda untuk mengatasi kelemahan tersebut. Jangan mengatakan “Saya tiada kelemahan” – ini mustahil dan para penemuduga akan mula timbul rasa tidak yakin kepada anda. - Kenapa Anda Ingin Bekerja Di Syarikat Ini?
Kenapa anda rasa anda sesuai dengan syarikat tersebut. Apakah matlamat pekerjaan anda? Apakah cabaran yang paling besar anda hadapi dan atasi? - Adakah Anda Boleh Bekerja Dalam Kumpulan?
Aktiviti berkumpulan sangat penting dalam brainstorm syarikat sekiranya berlaku perkara-perkara ataupun cabaran yang tidak diduga. Oleh itu, anda sebolehnya menyatakan “ya” dan memberikan contoh aktiviti aktiviti yang anda pernah berjaya lakukan. - Kenapa Anda Memilih Untuk Meninggalkan Syarikat Asal?
Sekiranya anda sedang bekerja/berkhidmat di syarikat yang lain, anda perlu menjadi jujur dengan cara yang paling baik. Anda tidak boleh memberikan kenyataan yang buruk terhadap majikan anda walau macam mana pun. Anda perlu menghormati semua pihak.
Ada sesetengah majikan akan bertanyakan status perkahwinan semasa interview. Contoh; anda dah kahwin? bila kahwin? Anda ada boyfriend/girlfriend? Bile rancang nak kahwin? Kawan rumet yang baru 3 hari diterima kerja dan kemudian company dapat tahu die mengandung (melalui medical report) terus diberhentikan. Nampak kejam kan? Emmm... Dan tolong jangan jawab SEBAB TAK DE KEJE LAIN JADI SAYA APPLY JAWATAN NI. Memang tak de orang nak amik ko dik!
Lagi satu nak mudah, sediakan skrip nak kenalkan diri before interview. Supaya nanti masa sesi tu tak de la gelabah nak mengarang ayat sambil muka serius/sinis/manis panel nanti (macam-macam rupa ada).Boleh baca kat sini untuk soalan 'tell me about yourself'.
Good luck! Semoga urusan kalian dipermudahkan. Sekian perkongsian kali ni. Next entri berkenaan career saya akan share tentang graduan Master yang rase diri tak guna sebab tak dapat kerja.Rezeki masing-masing jadi teruskan usaha mencari keje. Bukan senang nak cari keje hari ni. Nak kena bersaing dengan lepasan SPM, Degree, Master dengan penawaran dalam pasaran yang terhad. Fuhh...
0 Comment for "Pengalaman Temuduga Kerja Dan Persediaan Sebelum Temuduga"
Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen. Komen kalian akan ditapis agar tidak wujud sebarang kekeliruan terhadap entri yang telah disiarkan
Terima kasih tinggal komen kat sini. :)